Astro sebentar tadi baru sahaja mengesahkan bahawa mereka kini sudah menerima hak penyiaran UEFA Champions League. Peminat-peminat bola sepak Eropah di Malaysia boleh menikmati siaran langsung kejohanan bola sepak tersohor itu mulai pagi esok.

Siaran langsung perlawanan akan disiarkan secara eksklusif perlawanan di Astro TV dan Astro Go. Perkara ini disahkan oleh CK Lee, Ketua Sukan Astro kepada Astro AWANI sebentar tadi.

Berikut adalah senarai perlawanan yang akan disiarkan melalui Astro TV dan Astro GO pada pagi esok untuk rujukan peminat-peminat semua.

Sebelum ini, ramai peminat mengkritik Astro selepas laman sosial rasmi StadiumAstro memuat naik status bahawa Astro bukan lagi penyiar rasmi perlawanan UEFA Champions League.

Pengendali akaun tersebut memberitahu bahawa kenaikan harga hak penyiaran adalah merupakan salah satu sebab mengapa pada ketika itu Astro tidak memiliki hak penyiaran kejohanan bola sepak tersohor eropah itu.

Selain itu, peminat juga diberitahu bahawa jika Astro membeli hak penyiaran tersebut, pelanggan perlu membayar harga yang lebih mahal untuk menonton perlawanan UEFA Champions League.

Selepas perkara itu menjadi satu isu yang panas, Astro telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka sebenarnya sedang berbincang lanjut untuk membida hak penyiaran UEFA Champions League dengan pemilik.

Dan kini, sah Astro sudah mencapai persetujuan untuk membeli dan menjadi penyiar rasmi UEFA Champions League bagi musim ini untuk tontonan semua peminat bola sepak di Malaysia.

Sumber