Aston Villa dilaporkan berjaya menewaskan Arsenal dalam perebutan mendapatkan pemain tengah Norwich, Emiliano Buendia.

Arsenal sebelum ini sudah memulakan langkah untuk mendapatkan pemain tersebut dan kemudian telah memintas Arsenal, sebaik sahaja bidaaan Arsenal ditolak.

Pemain 24 tahun itu juga dikatakan berpuas hati dengan tawaran Aston Villa dan menerimanya. Rundingan peribadi dilakukan di Argentina.

Namun pengumuman rasmi masih belum dibuat. Perjanjian kali ini dilaporkan bernilai £38 juta termasuk dengan klausa bonus.

Sekaligus menjadikan ia sebagai rekod perpindahan tertinggi kelab tersebut di dalam sejarah.

Pakej termasuk 10% hasil jualan pemain ini pada masa akan datang.

Buendia dua kami membantu Norwich memenangi promosi. Dan bermain 36 aksi EPL pada musim 2019/20.

Buendia akan bergandingan dengan seorang lagi rakannya dari Argentina iaitu Emi Martinez yang sebelum ini berpindah dari Arsenal untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Selain itu, Norwich akan membayar £1.5 juta kepada Getafe untuk pampasan pembangunan pemain.

Baca juga artikel

Ayah Aguero Tak Terpedaya Dengan Air Mata Palsu Guardiola

TERKINI: Conte Tamatkan Rundingan Dengan Spurs, Kerana Isu Gaji Dan Sasaran Tak Realistik

Buang Yang Keruh, Ancelotti Tak Sabar Bekerjasama Dengan Bale