Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penantian pemain pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam untuk menjaringkan gol bersama kelab Korea Selatan, Ansan Greeners berakhir apabila baru-baru ini beliau menjaringkan gol dalam aksi K League 2.

Pada perlawanan menentang Gimpo FC Sabtu lalu, Asnawi diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau berjaya menjaringkan gol pada minit ke-88.

Pemain berusia 22 tahun itu melakukan rembatan dengan kaki kiri dari luar kawasan penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol lawan sekaligus menjaringkan gol ketika bagi Ansan pada perlawanan tersebut.

Asnawi Mangkualam mula beraksi bersama Ansan pada Februari tahun lalu dan beliau pelu menunggu lebih setahun untuk menjaringkan gol pertamanya bersama Ansan.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan antara Ansan menentang Gimpo dan beliau nyata bangga ketua pasukannya berjaya membuka tirai jaringan di Liga Korea.

“Perlawanan antara Ansan menentang Gimpo tempoh hari adalah untuk merayakan peminat Indonesia dan Asnawi menyinar dalam perlawanan tersebut. Anda telah bekerja keras, Asnawi,” kata Tae-yong.

Selain itu, ketua jurulatih Ansan, Lim Jong-heon turut memuji prestasi pemain pertahanan itu dan menganggap Asnawi layak untuk menjaringkan gol setelah menunjukkan usaha dan kerja keras sepanjang perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Isu Pengadil Tendang Fazly Mazlan, Subkhiddin Gesa Pihak Bersalah Diadili Sewajarnya

Piala FA 2022: Penang Pamer Kebangkitan Untuk Tempah Aksi Separuh Akhir Berdepan JDT

Piala FA 2022: Selangor Mara Bergaya, Sabah Berputih Mata

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group