Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh pemain pertahanan muda Indonesia, Asnawi Mangkualam bersama kelab K-League 2, Ansan Greeners membuahkan hasil apabila beliau dipilih sebagai pemain terbaik bulan April.

Asnawi mula beraksi bersama Ansan sejak bulan lalu dan beliau terus menampilkan prestasi cemerlang sekaligus menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama.

Sepanjang April, Asnawi tampil dalam empat perlawanan dan beliau berjaya membantu pintu gol daripada dibolosi pihak lawan.

Selain itu, bekas pemain PSM Makassar itu turut menyumbang satu assist ketika Ansan menewaskan Daejon Citizens sekaligus menduduki tangga kelima dalam carta Liga.

Berdasarkan undian, Asnawi Mangkualam mendapat undian sebanyak 99 peratus sekaligus mengatasi tiga calon lain iaitu Kim Hyun-woo (Jeonnam Dragons), Nelson Junior (Anyang), dan Patou (Daejeon).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Liga Amatur Divisyen 4 Thailand Ada 179 Kelab Bertanding Merebut 6 Slot Ke Saingan Thai League 3 Musim 2022

Nana Poku Bakal Perkuatkan Jentera Serangan Perak?

Sri Pahang Tandatangani Empat Pemain Import Baharu