Nasib malang menimpa pemain pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam apabila dilayangkan kad merah dalam aksi kedua beliau bersama Jeonnam Dragons dalam saingan divisyen dua Liga Korea.

Pada aksi menentang Gyeongnam FC di Stadium Gwangyang pada Ahad, Asnawi mendapat kepercayaan pengurus pasukan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Akan tetapi, ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia itu mensia-siakan peluang yang beliau miliki apabila dilayangkan kad merah ketika permainan memasuki minit ke-25.

https://twitter.com/bukanmediovideo/status/1632291421423292416?s=46&t=rgTXQxtBkdR0ACl02xia_A

Asnawi Mangkualam dilihat membuat terjahan keras ke atas pemain lawan ketika cuba untuk merampas bola sekaligus mengakibatkan Jeonnam Dragons beraksi dengan 10 pemain bagi menghadapi baki perlawanan.

Perkara ini nyata memberi kesukaran bagi Jeonnam dimana mereka tewas dengan keputusan 5-0 sekaligus masih gagal meraih sebarang kemenangan setakat ini.

Keputusan ini membuatkan Jeonnam menduduki tangga tercorot dimana mereka belum mengutip sebarang mata selepas dua perlawanan yang dihadapi.

Berbeza dengan Gyeongnam, mereka kini menduduki tangga pertama dalam carta K2 dimana mereka belum dibolosi selain mencatat dua kemenangan setakat ini.

Nasib sama dialami oleh kelab yang diwakili R. Kogileswaran iaitu Chungbuk Cheongju dimana mereka turut mengalami kekalahan ketika berdepan Sangju Sangmu pada Sabtu.

Kogi tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan Chungbuk tewas dengan keputusan 2-0.