Pemain pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam mula mencuri tumpuan peminat bola sepak Asia apabila beliau menjaringkan gol kedua dalam saingan K League 2 bersama kelabnya, Ansan Greeners.

Malah, nama beliau kini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi K League 1, Jeonbuk Hyundai Motors yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut pada musim depan.

Khabar angin itu muncul apabila media dari Korea Selatan, Sports Chosun membicarakan tentang perpindahan pemain yang melibatkan Jeonbuk Hyundai melalui slot podcast pada 25 Julai lalu.

“Dipetik daripada wartawan Sports Chosun, Jeonbu Hyundai sempat berfikir untuk mendapatkan khidmat Asnawi setelah Lee Yong (pertahanan kanan) keluar daripada pasukan itu secara tiba-tiba,” tulis laman twitter Kleague_ID.

Mengulas mengenai perpindahan tersebut, Asnawi menegaskan beliau masih menghormati kontraknya dengan Ansan Greeners dan tetap memberi fokus kepada pasukan yang diwakilinya.

“Saya memiliki kontrak dengan Ansan. Masih ada masa kontrak yang berbaki. Jadi, tentu saja Ansan yang harus didahulukan,” kata Asnawi kepada Sports-G.

Asnawi Mangkualam mula beraksi bersama Ansan pada Februari tahun lalu dan beliau pelu menunggu lebih setahun untuk menjaringkan gol pertamanya bersama Ansan.

Ketua jurulatih Ansan, Lim Jong-heon turut memuji prestasi pemain pertahanan itu dan menganggap Asnawi layak untuk menjaringkan gol setelah menunjukkan usaha dan kerja keras sepanjang perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah

AFC Umum Format Baharu Kelayakan Rebut 8 Slot Automatik Ke Piala Dunia 2026

Tak Sampai 2 Tahun, Pusat Latihan Lion City Sailors Akhirnya Sudah Siap

Pagar Penghadang Stadium Antarabangsa Jakarta Roboh Ketika Aksi Persija Jakarta Menentang Chonburi