Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris memaklumkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Penularan wabak COVID-19 yang mengakibatkan penangguhan Liga Malaysia pada musim ini memberi sedikit kesan dari segi kewangan pasukan itu.

Wabak pandemik itu menyebabkan ekonomi negara telah terjejas sehingga memberi masalah kepada syarikat penaja untuk terus memberi penajaan ditambah pula dengan ketiadaan pendapatan dari segi kutipan tiket.

“Suka saya maklumkan Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir telah meluluskan pembayaran RM1.5 juta kepada KFA. Sebelum itu, saya telah mengarahkan pembayaran RM500K dibuat menjadikan keseluruhannya RM2 juta untuk pembayaran gaji pemain bola sepak Kedah.

“InsyaAllah.. sebagaimana yang di janjikan dalam tempoh PKP, segala pembayaran akan segera dilunaskan oleh pihak pengurusan KFA sebelum Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook.

Antara jawatan yang di pangku meninggalkan kenangan yang paling manis ialah Setiausaha Kehormat KFA: Saya ingin…

Posted by Asmirul Anuar Aris on Monday, 18 May 2020

Asmirul juga turut memberi bayangan akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat selepas berlaku perubahan dalam pucuk kepimpinan kerajaan negeri akibat daripada pergolakan politik.

Terdapat khabar angin mengatakan Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor bakal dilantik sebagai Presiden KFA menggantikan tempat Mukhriz.

“Saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada Pasukan Bola sepak Kedah musim 2020. Di iringi doa semoga berjaya melangkah ke peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan.

“Tidak di lupakan kepada seluruh peminat pasukan ‘Hijau Kuning’, bakti serta jasa anda semenjak zaman berzaman buat pembangunan bola sepak negeri Kedah amat besar di persada tanah air.

“Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kepada seluruh pemain, pengurusan KFA terutamanya Ketua Jurulatih Saudara Aidil Sharin Sahak yang telah berusaha terbaik mungkin untuk peminat serta penyokong bolasepak Negeri Kedah,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah melalui pautan dibawah.

Muhammad Sanusi Bakal Presiden Baharu Kedah FA?

Pemain Kedah Baru Terima 50 Peratus Gaji Februari, Mac Dan April Masih Tertunggak

Ifwat Akmal Mahu Tinggalkan Pasukan Kedah?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group