Baru-baru ini terdapat satu laporan daripada akhbar tempatan mengenai sebuah pasukan Liga Super dari utara tanah air dikatakan mempunyai masalah tunggakan gaji untuk bulan Disember dan Januari.

Menurut laporan tersebut, bukan saja pemain, ia turut membabitkan pegawai dan staf sokongan persatuan tersebut.

Keadaan itu turut menyebabkan pemain pasukan itu tidak beraksi sepenuh hati ketika dalam beberapa perlawanan pramusim termasuk kekalahan kepada satu pasukan Liga Perdana.

Bagaimanapun, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris menafikan laporan tersebut mempunyai kaitan dengan skuad helang merah pada musim ini.

“Negeri di sebelah utara merujuk kepada Kedahkah? Maklumat dari mana yang di cungkil ambil(jika merujuk kepada Kedah) agar mudah untuk saya mengambil tindakan.

“Paling saya bimbangkan ialah serangan provokasi media keatas persiapan Kedah untuk menghadapi Piala Sumbangsih,” tulis Asmirul dalam laman facebooknya.

84884527_3061763827189407_997427071263178752_o
FOTO: KFA

Sebelum ini, pemberian geran tahunan kepada pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim lepas terganggu apabila penaja utama, TM mengambil keputusan untuk menarik diri.

MFL sebelum ini mengambil langkah untuk melunaskan bayaran itu secara berperingkat dan sudah melangsaikan separuh daripada jumlah geran pada 15 Julai lalu. Namun begitu, bayaran fasa kedua masih belum dibuat.

“Walaupun Kedah tidak mendapat geran oleh MFL sebanyak RM1.5 Juta sebagaimana yang dijanjikan, gaji pemain masih mampu kami lunaskan sehingga tamat 2019.

“Saya masih lagi menanti kesahihan yang jelas dari akhbar tersebut berhubung pertuduhan keatas Kedah KFA,” tegasnya.

Lihat artikel lain mengenai perkemabangan pasukan Kedah melalui pautan dibawah.

Kedah Lancar Jersi ‘Home’ Dan ‘Away’ Musim 2020, Peminat Samakan Dengan Corak Buah Tembikai

Persaingan Sengit Bagi Rebut Posisi Penjaga Gol Nombor Satu Pasukan Kedah

Kedah Tidak Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2020