Dua pemain pertahanan muda pasukan Pahang, Ashar Al Aafiz dan R.Dinesh dilihat menjadi calon yang sesuai untuk mengisi posisi right back dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Matthew Davies telah melengkapkan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh kini perlu mencari pemain lain bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Matthew.

Ashar Al Aafiz
Sumber Gambar: JST

Saingan Liga Super akan membuka tirai pada 28 Februari ini dan Pahang mempunyai masa yang singkat bagi membeli atau menandatangani pemain. Jadi, alternatif terbaik adalah menggunakan pemain sedia ada dan dalam perkara ini, Ashar dan Dinesh merupakan calon yang sesuai.

Ashar Al Aafiz mula diturunkan sebagai right back bermula saingan musim lalu dimana beliau dijadikan sebagai back up kepada Matthew. Meskipun jarang diturunkan, namun beliau sedikit-sebanyak mempunyai pengalaman beraksi di posisi tersebut.

Ashar Al Aafiz
Sumber Gambar: Pahang FA

Bagi R.Dinesh pula, kehadiran Fazly Mazlan yang menyertai pasukan secara pinjaman dari JDT menyebabkan peluang beliau untuk beraksi di sebelah kiri amat tipis kerana beliau juga perlu bersaing dengan Faisal Rosli.

Mujur, Dinesh mampu beraksi di bahagian kanan dan beliau mempunyai peluang cerah untuk tampil dalam kesebelasan utama sekaligus bergandingan dengan Mohamadou Sumareh.

Baca artikel lain mengenai pasukan Pahang di sini:

Jamal Nasir Yakin Pahang Ada Pengganti Matthew Davies Yang Lebih Baik

Pengganti Matthew Davies Masih Menjadi Tanda Tanya

Matthew Davies Akui Sukar Untuk Meninggalkan Pahang