Pihak AFF melalui satu kenyataan rasmi semalam mengesahkan bahawa kejohanan ASEAN Club Championship (ACC) akan dimulakan pada tahun 2020 yang akan melibatkan 12 pasukan terbaik dari setiap negara di rantau ini.

Penganjuran kejohanan kelab paling berprestij di Asia Tenggara itu juga turut menerima sokongan penuh dari pihak AFC melalui presiden Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa dan presiden FIFA Gianni Infantino selepas  perbincangan mengenai dilakukan baru-baru ini.

Kejohanan ACC itu nanti dicipta khas untuk menyokong dan memberikan insentif kepada kelab terbaik, dimana pihak AFF percaya kejohanan ini akan menjadi suatu platform terbaik bagi peringkat seterusnya dalam pembangunan bola sepak di Asia Tenggara.

75456720_10156518527211881_280870481538580480_o
Chiangrai United, juara Thai League 1 2019.

Dianjurkan oleh AFF, kejohanan ACC itu nanti akan memberikan fokus kepada mempertingkatkan kemeriahan di setiap venue perlawanan terutamanya kepada penyokong serta para pemain disamping memberikan ganjaran kepada pasukan yang mempamerkan aksi terpuji.

Setiap kelab yang beraksi dalam kejohanan ini akan menerima bayaran penyertaan mulai dari pusingan awal bersama hadiah wang tunai mengikut peringkat dalam ACC.

“Kami telah mengambil masa untuk meletakkan perancangan ini secara bersepadu selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk memastikan tiada konflik dalam penjadualan liga domestik, FIFA, AFC serta kejohanan AFC Champions League yang akan dibesarkan nanti.

67798735_3116926288318305_9083573278026498048_o
Hanoi FC, juara V.League 1 2019.

“Selain itu, kami juga mengambil kira beberapa perkara kritikal lain seperti penjenamaan, hadiah wang tunai serta format kejohanan selain rundingan bersama rakan komersil beberapa bulan lalu sebelum mendapat kelulusan Jawatankuasa AFF.

Menurut Presiden AFF itu lagi, semua ahli Member Associations (MA)yang hadir dalam mesyuarat khas jawatankuasa AFF telah sebulat suara untuk meluluskan penganjuran ACC  yang diadakan di Hanoi pada minggu lepas.

Khiev Sameth juga percaya bahawa pengenalan kepada kejohanan ACC itu nanti akan menaikkan standard pasukan kebangsaan selain mempertingkatkan lagi profil kelab serta liga di rantau Asia Tenggara khususnya.

img_4076-850×566
JDT, juara Liga Super Malaysia 2019.

“Kejohanan ACC juga akan turut membantu kelab memperbaiki kedudukan kewangan, mempromosikan pelancongan sukan dan mempertingkatkan kemeriahan bola sepak kepada 650 juta orang di Asia Tenggara.

Dalam ucapan itu juga, beliau menyatakan bahawa berkemungkinan juara kejohanan ACC nanti bakal menerima 1 slot untuk beraksi dalam kejohanan Piala Kelab Dunia (WCC) mulai 2021 selepas FIFA memutuskan untuk membesarkan lagi kuota kejohanan itu.

Baca juga rtikel lain mengenai bola sepak Asia yang telah kami sediakan sebagai rujukan peminat bola sepak Malaysia.

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Gara-Gara Tiada Pasukan Bawah 15 Tahun, Hanoi FC Hilang Slot AFC Champions League Dan AFC Cup 2020