Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain kelahiran Uzbekistan, Eldor Shomurodov sah bergelar rekrut baharu AS Roma selepas beliau diumumkan secara rasmi oleh kelab saingan Serie A itu.

Beliau difahamkan menyertai AS Roma dengan yuran perpindahan yang bernilai €17.5 juta dan kedua-dua pihak telah memeterai kontrak selama lima tahun.

Saingan liga utama Itali itu bagaimanapun bukan sesuatu yang asing buat Shomurodov kerana pada musim lalu beliau beraksi bersama Genoa dan berjaya menjaringkan lapan gol dalam 32 penampilan di peringkat domestik.

Kehadiran Shomurodov memperkuatkan kelab dari Rome itu dilihat dapat memberikan lebih banyak pilihan buat Jose Mourinho yang sudah memiliki Edin Dzeko dan Borja Mayoral sebagai penyerang tunggal dalam sistem 4-2-3-1 digunakannya.

Selain penyerang, pemain berusia 26 tahun itu juga turut berkeupayaan untuk beraksi dengan baik sebagai pemain sayap kiri dan kanan.

“Menyertai Roma merupakan satu langkah besar dalam karier saya,” ujar Eldor Shomurodov menurut kenyataannya di laman sesawang rasmi AS Roma.

”Saya akan melakukan segalanya yang termampu untuk membuktikan saya layak untuk mendapatkan peluang ini dan menunjukkan apa yang boleh saya lakukan pada salah sebuah kelab terbesar di dunia.”

“Kepantasan dalam menyelesaikan perbincangan ini merupakan bukti keinginan saya untuk menyertai jurulatih dan rakan sepasukan baharu saya serta mahu bekerja secepat yang mungkin.”

Dalam pada itu, pemain skuad kebangsaan Uzbekistan tersebut dilaporkan akan memakai jersi bernombor 14 dan beliau sudah terbang ke Portugal untuk menyertai sesi latihan pra-musim pasukan di sana.

Baca artikel-artikel lain yang disediakan untuk anda:

Pemain Vietnam Lelong Pingat Emas Sukan SEA, Bantu Tabung COVID-19

Bidaan €100 Juta + Alonso Ditolak Inter, Chelsea Tetap Mahukan Lukaku

Perak Rehatkan Chong Yee Fatt, Shahril Nizam Khalil Diberi Tanggungjawab Kendalikan Pasukan

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group