Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menyedari bahawa pasukannya memang sedang dalam masalah meskipun cemerlang menewaskan Man City dan Liverpool sebelum ini.

Malah Arteta menggariskan isu kreativiti dengan melihat statistik ciptaan peluang daripada The Gunners.

Arsemal telah mencetak 53 gol dari 37 pertandingan setakat ini. Jumlah itu selayaknya diberikan pujian.

Namun apabila diamati dengan lebih mendalam, ternyata Arsenal berdepan dengan banyak isu lain.

Dari segi kreativiti, Arsenal kini berada di tangga ke-16 dari kalangan kesemua pasukan di EPL.

Mereka memiliki pemain yang dianggap paling kreatif dalam sejarah EPL, Mesut Ozil. Namun dalam dua musim kebelakangan ini Ozil kerap disisihkan.

Oleh itu Mikel Arteta menyatakan beliau kini sedang mencari formula untuk mengatasi masalah tersebut.

“Statistik tidak berbohong. Ianya tidak cukup bagus dan dalam aspek tertentu dalam permainan yang kami gagal untuk kuasai,” tegas Arteta.

“Dalam waktu yang saman, kami sedang berada dalam proses di mana kami memerlukan hasil secepat mungkin untuk tujuan jangka panjang. Kamu harus mendapatkannya.”

“Anda tidak boleh membuatkan situasi menjadi lebih buruk dengan melakukan sesuatu pada momen tertentu, di mana kamu sepatutnya melakukannya,” tambahnya.

Hampir setengah dari 53 gol Arsenal di Premier League musim ini tercipta dari aksi Pierre-Emerick Aubameyang. Penyerang berasal dari Gabon itu telah menjaringkan 20 gol setakat ini.

aubameyang 11

Arteta tidak mahu Arsenal menjadi ‘one man team’ seperti yang mereka ada sekarang ini.

Lalu beliau menegaskan bahawa, Arsenal harus lebih kreatif. Di mana dalam aksi sebelum ini Arsenal tidak melakukan sebarang on target.

“Kami mencuba untuk mencari solusi, namun langkah berikutnya dalam evolusi kami harus sangat berkait rapat dengan hal tersebut, memperbaiki aspek ini,” jelas beliau lagi.

Arsenal sudah sah gagal menamatkan saingan di kelompok enam teratas untuk ke UEL.

Harapan mereka ke UEL bergantung kepada aksi final Piala FA berdepan dengan Chelsea.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Conte: Itu Fake News, Messi Tak Akan Sertai Inter Walaupun Dalam Permainan Bola Sepak Fantasi

Andreas Pereira: Van Dijk Dan Milner Paling Poyo

Jurulatih Ini Tuduh David Villa Mencabulnya, Membuatkan Terpaksa Tukar Karier