Pengurus Arsenal, Mikel Arteta merasakan ada “banyak benda terputus” ketika beliau tiba mengambil alih tugas di Arsenal akhir tahun lalu.

Beliau kemudian menyatakan bahawa, Arsenal adalah kelab yang besar dan semua pemain mahu bermain untuk mereka. Jadi, tidak perlu buang masa terlalu lama untuk memujuk para pemain menyertai mereka.

Bekas kapten Arsenal, Arteta dilantik sebagai pengurus pada bulan Disember tahun lalu, menggantikan Unai Emery.

Arteta, yang membimbing Arsenal mencipta lapan kemenangan dan enam seri daripada 16 perlawanan telah memperbaiki satu demi satu perkara yang ‘hilang’ di Arsenal.

Sayang sekali, ketika prestasi mereka sedang hangat, saingan liga pula ditangguhkan kerana COVID-19. Dengan Mikel Arteta menjadi pengurus pertama di England disahkan positif.

Beliau pastinya berharap momentum pasukannya akan kekal apabila menyambung aksi kelak.

Arteta berkata: “Jelas sekali saya masuk ke kelab pada masa yang sukar, tetapi anda sendiri menyebut kata kunci adalah tenaga,” katanya kepada legenda kelab, Ian Wright dalam wawancara untuk Adidas.

“Saya merasakan bahawa ada tenaga di tempat latihan, stadium – yang tidak sesuai untuk kelab yang hebat ini dan saya pernah ke sini.”

“Saya bernasib baik dapat bermain di sini jadi semua orang harus merasai seperti itu pertama sekali.”

“Dan terdapat banyak perkara yang terputus pada banyak situasi dan saya mahu menyatukan semua orang.”

“Pertama, untuk memahami betapa beruntungnya kita berada di sini dan kemudian, memberitahu arah yang sangat jelas di mana kita mahu berada.”

“Kita tak perlu nak yakinkan, memujuk pemain lain untuk menyertai Arsenal. Tidak perlu mengambil masa yang banyak untuk meyakinkan mereka.”

“Semua orang mahu datang ke Arsenal kerana tahu betapa besarnya kelab ini di dunia.”

Arsenal berada di tangga kesembilan, lapan mata dibezakan dari pasukan di tangga keempat, ketika musim Liga Perdana Inggeris digantung kerana COVID-19.

Arteta mengatakan beliau ingin bola sepak kembali beraksi, tetapi merasakan pendidikan kepada semua pihak tentang koronavirus akan menjadi kunci.

“Saya rasa yang paling sukar adalah mendidik pemain dan semua orang yang terlibat di tempat latihan dan hari perlawanan bahawa ianya kini sangat berbeza,” katanya.

“Kita harus sangat tegas dengan protokol. Gunakan akal untuk menentukan bila kita dapat melangkah ke langkah seterusnya dan, seterusnya dan seterusnya lagi.”

“Kita tidak boleh terburu-buru, tujuan kita semua adalah untuk bermain, kita perlu bermain, kita bersedia bermain, ini penting bagi kita, untuk masyarakat, untuk ekonomi.”

“Kami mempunyai tanggungjawab itu, jadi kami harus siap setiap kali mereka mengatakannya, buka pintu itu dan mulakan.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Manchester City Bengang Bayern Terus Ganggu Sane Dengan Taktik Kotor

Beckham Mahu James Rodriguez Dan Luis Suarez

Koulibaly Berminat Sertai Newcastle Yang Bakal Jadi Salah Satu Kelab Terbesar Eropah