Mikel Arteta jelas sekali tidak berpuas hati dengan alasan VAR untuk tidak membatalkan gol Ivan Toney ketika aksi Arsenal menentang Brentford.

Di mana menurut pegawai VAR, mereka terlupa melukis garisan pada seorang lagi pemain iaitu Norgaard.

Ketua pengadil PGMOL, Howard Webb turut menghubungi Arsenal dan satu lagi pasukan yang menjadi mangsa kesilapan VAR iaitu Brighton.

Arsenal sebelum itu mendahului menerusi Leandro Trossard.

Gol Ofsaid, Tetapi Pengadil VAR Terlupa ‘Tarik’ Garisan

Dan Brighton membalas gol tersebut, beberapa minit kemudian. Segalanya berpunca daripada situasi sepakan percuma ke dalam kotak penalti Arsenal.

Pengadil awalnya cuba memastikan sama Ethan Pinnock mengganggu permainan ketika pemain itu di kedudukan ofsaid, dan dilihat menghalang Gabriel Maghalhaes.

Arteta menyatakan: “Saya sudah lihat balik gol itu dan ianya ofsaid. Kamu tidak boleh menghalang pemain lawan ketika sedang ofsaid.”

“Saya mahukan penjelasan, adakah situasi seperti itu benar benar tidak ofsaid.”

“Jadi beritahu kami terlebih dahulu supaya anda tidak menolak barisan [pertahanan] setinggi itu kerana anda akan sentiasa mendapat kelebihan jika anda dihadang seseorang. Anda tidak boleh menghalang pemain lain jika anda ofsaid,” tegas Arteta.

Pengadil menilai Pinnock tidak mengganggu Gabriel walaupun jelas ada kontak.

Namun akibat terlalu fokus kepada situasi Pinnock, pengadil di bilik VAR yang diketuai Lee Mason telah terlupa nak ‘tarik’ satu lagi garisan VAR untuk situasi melibatkan Norgaard.

Di mana pemain itu jelas sudah ofsaid terlebih dahulu sebelum memenangi bola dan mencetuskan gol kepada Toney.

VAR membuat pengakuan kontroversi apabila mereka akui lalai dalam perkara itu dan terlupa untuk membuat semakan ke atas insiden itu.

Oleh keranan kesilapan seperti itu, penyokong Arsenal mersakan 3 mata mereka sudah dirompak.

VAR sudah menjelaskan bahawa berlaku kesilapan manusia dalam pengendalian VAR ketika aksi tersebut.

Dan membuat permohonan maaf secara rasmi. Lee Mason kemudian digantung daripada tugasan VAR minggu ini.

Mengulas perkara tersebut, Arteta berkata, dia cuma hanya akan berpuas hati kalau Arsenal diberikan 2 mata lagi yang dirompak VAR.

Arteta berkata: “Selepas tamat perlawanan, selepas menganalisis bukti yang kami ada, pada imej tersebut. Kami benar benar bengang dan kecewa. Kerana itu bukan kesilapan manusia.”

“Ianya adalah [bukti] yang sangat besar bahawa kamu tidak memahami tugas kamu dan ianya tidak boleh diterima, saya minta maaf.”