Axello

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mikel Arteta memuji impak dua pemain debut untuk Arsenal iaitu Gabriel Jesus dan William Salina.

Salina sebelum ini hanya beraksi dalam aksi tak kompetitif pasukan Arsenal. Dan ini adalah yang pertama dia diberikan aksi debut kompetitif.

Saliba bermain aksi kompetitif yang banyak bersama dengan kelab pinjaman sebelum ini sehinggakan dia menjadi pemain kesebelasan tahunan Ligue 1.

Terdapat keraguan tentang masa depan Saliba di bawah era Arteta. Hal ini kerana pemain itu pernah meluahkan kekecewaannya ke atas kekurangan peluang di bawah Arteta.

Namun ternyata pemain itu menjadi aset yang berharga untuk pasukan. Dia menjadi pemain terbaik di barisan pertahanan Arsenal untuk aksi menentang Palace.

Saliba yang diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Perlawanan, dengan Arteta menganggap ianya adalah pengiktirafan selayaknya untuk pemain tersebut.

Selain itu Arteta sangat teruja dengan kerajinan Gabriel Jesus di dalam padang. Arteta turut memberikan debut untuk Zinchenko dalam perlawanan ini. Pemain itu memberikan 1 assist.

Arteta memberitahu Sky Sports: “Perkara yang paling penting ialah memulakan musim dengan kemenangan untuk membina keyakinan dan momentum dan kemudian anda boleh memikirkan perkara yang perlu kami perbaiki dan terdapat beberapa daripadanya hari ini.”

“Cara kami memulakan permainan, cara kami bermain pada setengah jam pertama adalah hebat, dan kami sepatutnya menjaringkan satu atau dua gol lagi.

Crystal Palace sentiasa menjadi tempat yang sukar dilawati Arsenal dalam beberapa musim ini.

Dan kali ini Arsenal benar benar bersedia untuk berdepan perlawanan tersebut. Arteta menambah: “Kemudian jika anda mahu menang di sini anda perlu terus menggali potensi, anda perlu menderita, dan kami melakukan itu dan itulah mentaliti yang kami mahu bina, untuk datang ke tempat ini dan mencari jalan untuk menang dan kami telah melakukannya hari ini.”

Walaupun Jesus tanpa jaringan pada penampilan sulung kompetitif di Arsenal, dia membuatkan Arteta kagum di atas tenaga yang dibawanya ke barisan hadapan.

Arteta, yang pernah bekerja dengannya atas kapasiti staf kejurulatihan di Manchester City sebelum ini, berkata: “Dia mempunyai faktor menggerunkan itu. Dia sentiasa berada di bahu anda, dan dia mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan bola itu daripada anda.”

“Dia tidak pernah berdiri diam, dia sentiasa bergerak, bersedia untuk bertindak, begitu tajam dan sukar untuk pertahanan menentangnya.”

Mikel Arteta membayangkan rancangan untuk menandatangani pemain lain. Di mana dia berkata: “Kami akan mencuba. Terdapat beberapa perkara yang telah kami rancangkan dan jika kami dapat melakukannya ia adalah bagus.

“Tetapi kami perlu memberi tumpuan kepada pemain yang kami ada untuk mendapatkan yang terbaik daripada mereka.”

Itu adalah kemenangan ke-50 Arteta sebagai pengurus Liga Perdana. Arsenal akan beraksi seterusnya pada 13 Ogos apabila menentang Leicester City di Stadium Emirates.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group