Peminat Arsenal ternyata kecewa dengan prestasi semasa pasukan terutama sekali kepada Mikel Arteta.

Arsenal menelan kekalahan kedua musim ini berturut turut, kali ini di tangan musuh sebandar, Chelsea. Di mana Arsenal tunduk 0-2 di halaman sendiri.

Gol Chelsea dihasilkan oleh Romelu Lukaku dan Reece James.

Arteta kini berdepan tekanan selepas membelanjakan Β£132 juta. Perbelanjaan terbesar di kalangan pasukan EPL musim ini setakat ini.

Arteta mengakui pasukan lawan berhak menang namun pada masa yang sama memuji prestasi para pemainnya atas usaha mereka di atas padang berdepan dengan juara Eropah – Chelsea.

“Ini adalah satu lagi kekalahan, yang kedua musim ini, ianya sukar untuk ditelan.”

“Chelsea berhak menang, saya rasa mereka pasukan lebih baik secara keseluruhan. Namun kami pun ada momen tersendiri pada permulaan separuh masa pertama dan permulaan separuh masa kedua.”

“Selepas bolos gol pertama, para pemain bermain dengan cara seperti mana yang mereka mahu pamerkan.”

“Kami berjaya mengawal lawan kami di kawasan yang penting, dan tanpa bola, kami menekan mreka. Namun mereka [Chelsea] masih mampu keluar daripada tekanan itu dengan kualiti yang mereka ada. Mereka menunjukkan setakat ini, kenapa mereka menjadi juara Eropah.”

Ketika perlawanan ada seksyen penyokong Arsenal yang menge-boo pasukan mereka sendiri. Namun Arteta tidak pedulikan ejekan itu dan menyatakan bahawa beliau melihat lebih banyak perkara positif daripada pasukannya dan para penyokong hari ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada para penyokong, walaupun dalam keadaan yang sukar mereka cuba memberikan semangat kepada para pemain.”

“Saya nampak banyak perkara positif dalam pasukan hari ini dengan kehadiran penyokong. Saya tidak nampak ada penyokong yang memberikan reaksi negatif ke atas pemain.”

Seterusnya Arteta berharap para pemain akan kental berdepan dengan kritikan.

“Rasa bersalah sahaja tidak akan membantu. Kamu harus berdepan cabaran, berdepan kritikan, kerana ianya memang akan ada.”

Ketika meninggalkan stadium sekumpulan peminat Arsenal menyerang Arteta. Mereka menghalang kereta pengurus itu dan meluahkan kemarahan mereka sambil meminta penjelasan.

Mereka meminta pengurus itu agar meletakkan jawatan segera.

Seorang penyokong kedengaran berkata: “Arteta, kamu rasa itu cukup bagus? Pergi berambus dari kelab ini.”

Seorang lagi berkata: “Arteta boleh tak kamu tolong kami. Tolonglah, pergi dari kelab ini.”

Arteta dianggap antara pengurus yang berada dalam risiko dipecat berbanding pengurus lain pada masa ini.

Baca juga artikel

EPL: Manchester United Terikat Dengan Southampton

Berbatov: “Arsenal Akan Memulakan Musim Ini Dengan Buruk Sekali”

Pellegrini: “La Liga Adalah Liga Paling Lembab, Banyak ‘Time Wasting’, Simulasi Dan Memalukan”