Mikel Arteta persoalkan VAR dalam pengadilan antara Manchester United dan Arsenal. Arsenal menelan kekalahan pertama mereka musim ini. Menamatkan rekod kemenangan 100% mereka.

EPL: Manchester United Benam Arsenal, Antony Skor Pada Debut

Arteta turut mendedahkan apa yang diberitahu pengadil Paul Tierney kepadanya berikutan keputusan untuk tidak membenarkan gol separuh masa pertama Gabriel Martinelli menentang Manchester United.

Menurut Arteta, pengadil sendiri mengakui bahawa kekasaran itu terlalu ‘lembut’. Jadi Arteta kehairanan kenapa pengadil membatalkan gol tersebut.

The Gunners menyangka mereka telah mendahului di Old Trafford apabila Martin Odegaard merampas bola dari kaki Christian Eriksen dan kemudian bola sampai ke kaki Bukayo Saka.

Pemain sayap Arsenal itu bermain hantaran yang sempurna, membebaskan Martinelli dan penyerang Brazil itu menewaskan David de Gea dan meletakkan pasukannya di hadapan minit ke-12.

Pemain United segera membantah gol tersebut kepada Paul Tierney. Pengadil itu kemudian merujuk VAR dan terus membatalkan gol tersebut.

Arteta menganggap pasukannya menjadi mangsa kepada ketidakkonsistensian pengadil. Di mana minggu lalu, Aaron Ramsdale dikasari pemain dalam kotak penalti namun pengadil berkata cabaran itu lembut dan Aston Villa tetap diberikan gol.

Arteta persoalkan VAR

Seterusnya, dia juga mempersoalkan kekasaran ke atas Saka yang tidak diberikan penalti oleh pengadil kerana dianggap ‘soft’ atau lembut. Tetapi kenapa tiba pada giliran Arsenal, bentesan lembut dianggap satu kesalahan?

Mendedahkan butiran perbualannya dengan pegawai perlawanan selepas itu, Arteta berkata: “Pengadil berkata ia adalah kekasaran yang sangat lembut [soft] – kami hanya meminta konsistensi, hari ini gol kami dibatalkan sekali lagi,  dan tiada apa yang boleh kami sedihkan sekarang.”

Odegaard bersetuju dengan penilaian pengurusnya mengenai insiden itu, sambil menambah: “Pada pendapat saya ia tak akan menjadi kesalahan sama sekali.”

“Saya rasa pengadil juga melihatnya dan dia berkata teruskan bermain. Ia satu cabaran yang lembut dan anda tahu untuk VAR masuk campur, ianya perlu jelas dan nyata, mereka mengatakannya berkali-kali dan bagi saya ia sangat, sangat lembut.”

“Pada kamera anda sentiasa boleh menjadikannya sedikit lebih teruk, tetapi bagi saya ia tidak pernah menjadi satu kesalahan. Pengadil berkata teruskan permainan ketika dia melihatnya di atas padang ia sangat mengecewakan [apabila gol ditarik balik].”

Arteta berkata pasukannya perlu belajar daripada perlawanan ini agar menjadi lebih berdisiplin ketika di atas padang. Arteta menggariskan, pasukannya melakukan beberapa kesilapan berdepan dengan pasukan yang memiliki beberapa pemain berkelas dunia.

Pada masa yang sama Arteta juga meminta pasukannya untuk menjadi lebih klinikal di hadapan gol di masa akan datang.

Baca juga artikel

David Moyes Bengang Dengan Pengadil Dan Kutuk Mendy Sebagai Penipu

EPL: Everton Ikat Liverpool, Pickford Pamer Aksi Kelas Dunia