Mikel Arteta menafikan bahawa beliau ada masalah dengan Mesut Ozil.

Dalam aksi berdepan Man City baru baru ini, pemain bergaji tertinggi di kelab, Mesut Ozil tidak diturunkan.

Mikel Arteta mengatakan bahawa dia akan mengembalikan Mesut Ozil ke pasukan Arsenal jika playmaker “dapat memberikan yang terbaik”.

Arteta menyatakan buat masa ini Mesut Ozil masih belum bersedia untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan.

Arteta juga menegaskan Mesut Ozil disisihkan kerana alasan taktikal dan tiada kaitan dengan sebarang isu lain.

Mikel Arteta berkata: “Saya sangat terbuka dengan Mesut sejak hari pertama.”

“Saya fikir dia cergas dan bersedia dan ingin tampil di tahap yang terbaik yang dia mampu.”

“Saya rasa dia telah bermain setiap perlawanan dengan saya sebelum ini.”

“Apabila saya melihat dia sudah bersedia untuk melakukannya sekali lagi nanti, saya akan melayannya sama seperti orang lain.”

“Saya lebih adil dengannya dan dia telah bertindak dengan memberikan respon dalam banyak perlawananan, seperti yang saya mahukan. Itu sahaja.

“Banyak yang telah berlaku kepadanya dalam beberapa minggu terakhir ini dan saya harus menghormati masa setiap pemain. Kadang-kadang mereka memerlukan sedikit masa.”

“Sukar untuk membuat persiapan dalam dua bulan terakhir untuk menyiapkan pemain.”

“Sekali lagi, saya adalah orang pertama yang menginginkan Mesut yang terbaik. Saya akan meletakkannya di atas padang ketika saya fikir dia sedia memberikan yang terbaik.”

Ditanya, apakah reaksi Ozil ketika dia mendapat tahu dia disisihkan.

“Dia sangat baik dengan saya. Tidak ada masalah sama sekali,” tambah Arteta.

“Perbualan saya dengan Mesut akan tetap menjadi perbualan di antara dia dan saya. Ia adalah perbualan yang jelas dan jujur.”

Arteta mahu Luiz kekal

Ditanya tentang David Luiz, Arteta tidak pasti sama ada David Luiz akan bermain untuk kelab itu lagi setelah diturunkan menentang Manchester City.

Ini kerana kelab perlu membuat keputusan yang besar kerana impak koronavirus.

Pemain Brazil itu dimasukkan sebagai pemain pengganti pada babak pertama selepas Pablo Mari yang cedera.

Luiz membuat kesilapan yang memberikan Sterling peluang menjaringkan gol pertama. Dan awal separuh masa kedua beliau menjatuhkan Riyad Mahrez di dalam kotak penalti – lalu mendapat kad merah.

Pundit, Jamie Carragher percaya prestasi buruk Luiz di Manchester City menandakan berakhirnya kariernya di Liga Perdana Inggeris. Kontrak Luiz berakhir pada akhir bulan ini.

“Kita harus bersikap adil terhadapnya,” kata Arteta.

“Saya akan mempertahankannya dengan semua yang saya ada kerana saya percaya kepadanya. Dia telah menunjukkan banyak perkara positif sejak saya di sini. Perwatakannya itu sudah mampu ‘bercakap’ tentang perkara itu.”

“Kami tidak boleh lupak keadaan kewangan. Cara Covid-19 memberikan impak kepada setiap kelab dan ekonomi secara amnya, ia akan memberi kesan.”

“Apa yang sedang dilakukan kelab pada masa ini adalah menilai keadaan dan berusaha menjelaskan banyak ketidakpastian yang kita ada di masa depan.”

Luiz bertanggung jawab atas kekalahan Arsenal kepada Manchester City, tetapi Arteta menegaskan beliau ingin melanjutkan kontrak pemain itu di Arsenal.

“Saya harus membuat keputusan besar tetapi pada masa yang sama sukar untuk memenuhi keperluan kami.”

“Kami cuba yang terbaik dan kadang-kadang sukar. Ianya atas sebab pemain atau keperluan sukan kami dalam situasi sukar.”

“Namun begitu, sekali lagi, kami harus menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.”

“Itulah sebabnya saya mahu melindungi David pada hari Rabu dan tidak menurunkannya pada permulanaa. Namun agak kelakar kerana setelah 20 minit anda memerlukannya masuk beraksi.”

“Dia adalah pemain yang berhadapan dengan banyak ketidakpastian dalam beberapa minggu terakhir.”

Ketika ditanya apakah ada pergolakan di kem Arsenal, Arteta berkata: “Ada impaknya. Tetapi mereka yang mengendalikan kelab itu sangat bertanggungjawab dan mereka tidak mahu meletakkan kelab dalam posisi yang sukar.”

“Untuk melakukan itu, mari kita kaji terlebih dahulu bagaimana keadaan kewangan kita.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Peminat Kecam Ronaldo Yang Tidak Ambil Penalti Awal

Napoli Buat Sarri Gigit Jari

RASMI: Werner Teruja Sertai Kelab Bersejarah Chelsea