Arsenal adalah pasukan yang berjaya menyingkirkan Watford dengan kemenangan mereka di Emirates.

Pengendali pasukan Arsenal, Mikel Arteta memohon maaf kepada Watford terutama sekali para penyokong mereka kerana membuatkan mereka terhumban ke Liga Kejuaraan.

Arsenal melayan kunjungan Watford dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris 2019/2020. Bermain di Emirates, The Gunners menang 3-2.

Penggempur sensasi Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang tampil cemerlang dengan menjarigkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Satu lagi gol Gunners dijaringkan oleh Kieran Tierney.

Sementara itu, Watford hanya berjaya membalas gol menerusi Troy Deeney dan Danny Welbeck.

Hasil kemenangan tersebut menjadikan Arsenal menghuni tempat kelapan dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 56 mata.

Sebaliknya, Watford menutup musim di kedudukan ke-19 dan terpaksa turun pangkat.

 

Arteta bercakap mengenai penyingkiran Watford ke Liga Kejuaraan musim depan. Arteta prihatin dengan situasi yang dihadapi pasukan Hayden Mullins.

“Saya merasa kasihan pada mereka dan saya rasa mereka tidak bernasib baik hari ini.”

“Mereka adalah pasukan yang menjadi jiran kita di sekitar tempat latihan dan mereka sangat dekat,” kata Arteta di laman web rasmi kelab.

“Pasti sangat sukar untuk memiliki peluang pada saat-saat terakhir dan mereka gagal memanfaatkannya.”

“Anda dapat melihat hari ini betapa mereka menginginkannya. Saya minta maaf.”

Arteta berharap agar Watford tidak perlu menghabiskan masa yang lama di Liga Kejuaraan.

Arteta mendoakan agar Hornets kembali ke Liga Perdana Inggeris secepat yang mungkin.

“Semoga mereka kembali ke Premier Laegue musim depan kerana saya tahu betapa kecewa pemain dan kelab dengan keputusan itu,” katanya.

Baca juga perkembangan lain 

Barcelona Rugi ‚ā¨200 Juta, Dan Pakai Wang Kerajaan Bayar 70% Gaji Staf

Man United Kembali Ke UCL, Chelsea Turut Mara

Conte: Itu Fake News, Messi Tak Akan Sertai Inter Walaupun Dalam Permainan Bola Sepak Fantasi

 

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group