Arsenal akan bertemu Southampton sekali lagi. Kali ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Southampton sebelum ini menyingkirkan Arsenal dari saingan Piala FA.

Selepas kekalahan tersebut Arteta menegaskan baawa pasukannya diajar oleh Southampton dan meminta para pemainnya bangkit dan membalas dendam kekalahan tersebut.

Dipetik dari laman rasmi Arsenal, Arteta berkata: “Saya rasa kedua-dua pasukan akan belajar dari permainan satu sama lain.”

“Saya tidak fikir bahawa mana-mana jurulatih atau pemain suka bermain dengan lawan yang sama dua kali.”

Arteta menambah, mereka sudah menganalisis perlawanan sebelum ini untuk memperbaiki pasukan mereka dalam aksi berikutnya.

“Jelas kami akan mengambil keputusan sebelum ini yang akan kami analisis, kami telah membincangkannya dan akan berusaha bermain lebih baik pada perlawanan yang akan datang.”

“Apa yang saya benar-benar mahu ubah adalah hasilnya, kerana saya mahu memenangi permainan,” tegas beliau.

Sementara itu Arsenal akan kehilangan khidmat Pierre Emerick Aubameyang yang diberikan pelepasan rasmi kerana isu peribadi yang melanda.

Arsenal kini berada di tangga kesebelas dalam carta liga. Misi utama mereka pastinya cuba kembali semula ke pentas Liga Juara Juara Eropah selepas beberapa musim berturut turut gagal melakukannya.

Baca juga perkembangan lain

Barcelona Masih Tak Bayar Hutang €126 Juta Dengan 19 Kelab Termasuk Liverpool Dan Ajax

Pro Dan Kontra Pelantikan Tuchel Di Stamford Bridge

Arteta Akui Southampton Telah ‘Sekolahkan’ Arsenal