Arsenal mengalami kekalahan ke-7 mereka musim ini dan hanya 5 mata daripada zon penyingkiran. Impian untuk ke Liga Juara Juara Eropah mungkin sudah terlalu sukar.

Ia adalah sasaran penting Arsenal seperti yang dikatakan Arteta sebelum ini. Kerana menurutnya pasukan seperti Arsenal selayaknya bersaing dalam pertandingan seperti itu.

Arteta mengecam secara terbuka tindakan Granit Xhaka yang menurutnya telah melakukan tindakan yang tidak boleh diterima dan melampau.

Xhaka dilayangkan kad mera kerana kelakuan ganas ke atas pemain tengan Burnley, Ashley Westwood di mana dia mencekik pemain tersebut.

Xhaka awalnya dilayangkan kad merah. Dan akhirnya VAR mengubah warna kad kepada merah.

Aarteta berkata: “Sememangnya tak boleh diterima. Dia melakukan kesilapan ketika kami sedang mendominasi perlawanan.”

“Itu adalah perlawanan yang jelas kami harus menang. Namun bermain dengan 10 pemain kami memberikan peluang kepada lawan.”

“Ya tindakannya tidak boleh diterima, namun itu gambaran bahawa mereka sanggup melakukan lebih lagi kepada pasukan.”

“Namun dalam keadaan ini, Granit agak melampau. Kami tidak boleh melakukan kesilapan kerana itu tindakan yang mengganggu rencana kita.”

Keadaan bertukar daripada buruk kepada teruk apabila Aubameyang tertampan bola ke gawang sendiri selepas itu. Pemain yang terus kemarau gol itu telah ‘menjaringkan gol’ ke gawang yang salah.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Penalti Salah Selamatkan Liverpool

La Liga: Kota Madrid Dicat Putih, Atletico Tewas Pertama Kali Musim Ini

EPL: Lampard Pertahan Mendy, Anggap Penjaga Itu Hebat Sejak Hari Pertama