Arsenal kalah di Emirates ketika melayan kunjungan Leicester. Di mana pasukan pelawat menang tipis 0-1. Penjaringnya tak lain dan tak bukan kalau bukan Jamie Vardy.

Kemenangan itu juga memecahkan rekod The Foxes. Mereka buat pertama kalinya dalam 47 tahun, mengalahkan Arsenal di halaman Arsenal.

Mikel Arteta menyatakan kekecewaaan dan kekeliruannya ke atas beberapa perkara. Beliau juga menuduh pasukan lawan bermain bola sepak negatif.

Arsenal cuba mencari solusi pada separuh masa kedua untuk menembusi pasukan lawan yang menurutnya hanya berkampun di belakang.

Arteta mengakui bahawa dia bingung dengan keputusan pengadil yang membatalkan gol Alexandre Lacazette pada awal babak pertama.

Lacazette meletakkan Arsenal di hadapan setelah tandukannya pada minit ke-4 berjaya merobek gawang Kasper Schmeichel.

Namun, penjaga garisan menaikkan bendera terlebih dahulu setelah melihat Lacazette yang berada di posisi ofsaid.

“Saya benar-benar kecewa, kami mengawal segalanya pada babak pertama dan saya tidak tahu bagaimana gol itu dibatalkan,” kata Arteta kepada Sky Sports.

“Dan separuh masa kedua kami terus bersabar cuba menunggu momen terbaik berhadapan dengan pasukan yang bertahan sangat ke bawah.”

“Mereka tanpa shot on target langsung dan hanya menunggu kami melakukan kesilapan.”

“Kami ada melakukan hanya sedikit kesilapan dengan memberikan ruang kepada mereka di belakang.”

“Sukar untuk mencipta ruang dengan sepuluh orang di belakang bola, kita pernah nampak mereka melakukannya berdepan dengan City. Memang saya jangkakan mereka akan melakukannya sekali lagi.”

“Tetapi kita seharusnya menyelesaikan tugasan hari ini dengan lebih baik daripada situasi suituasi terbuka.”

“Kami masih mempunyai beberapa saat setelah gol, tetapi memberi mereka banyak sepakan percuma.”

“Usaha yang dilakukan oleh para pemain, dan tekanan yang diberikan oleh pasukan Leicester kepada anda, bukanlah perkara yang mudah dilakukan, tetapi kami harus memperbaiki diri,” tambah beliau lagi.

Baca juga perkembangan lain

Koeman Anggap Barca Tak Berhak Kalah & Kutuk VAR Diguna Menentang Barcelona

EPL: Azpilicueta Mahu Penalti Selepas Dikunci Maguire, Evra Teringatkan Hulk Hogan

El Clasico: Real Madrid Aibkan Barca Di Nou Camp