Arsenal mencipta satu lagi kemenangan penting ke atas Brentford dalam usaha mereka terus memburu tempat 4 teratas dalam persaingan EPL sekaligus mara ke UCL musim hadapan.

Namun berlaku kontroversi apabila Granit Xhaka menolak untuk menjadi kapten. Lantas ramai peminat yang mengeluarkan teori masing masing.

Piers Morgan menganggap insiden itu sebagai cerminan kepada masalah kepimpinan di Arsenal ketika ini sejak Vieira meninggalkan kelab tersebut, Arsenal tak pernah ada kapten yang benar benar layak.

Menurut Arteta, itu semua hanyalah salah faham. Xhaka bukan menolak untuk menjadi kapten. Namun dia mengingatkan bahawa, masih ada Kieran Tierney yang berada di atas padang.

Dalam senarai kumpulan pemimpin Arsenal (istilah digunakan Arteta selepas pemecatan Aubameyang sebelum ini) — selepas Lacazette adalah Tierney. Kemudian barulah Xhaka.

Eddie Nketiah menyerahkan lilitan kapten kepada Xhaka sebaik sahaja Lacazette dikeluarkan. Namun Xhaka menolaknya.

Nketiah kemudian memberikan lilitan kapten itu kepada Tierney.

Menurut Arteta, Xhaka memberitahu Nketiah bahawa pemain yang berada pada giliran seterusnya ialah Tierney, bukannya dia.

“Mungkin Eddie tak dapat mesej yang disampaikan, dan Xhaka memberitahunya agar menyerahkan kepada Keiran.”

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1495127167742656514

Sebenarnya, Lacazette juga cuba memberikan lilitan kapten itu kepada Tierney sebelum dikeluarkan. Namun pemain itu tidak mendengar apa yang dikatakan Lacazette kerana dia sedang mempersiapkan diri untuk melakukan lontaran ke dalam.

Lalu, Lacazette meminta Nketiah memberikan lilitan kapten itu kepada kapten seterusnya. Masalahnya, Nketiah seolah olah tak tahu urutan kapten mereka.

Jadi tiada isu seperti didakwa sesetengah pihak bahawa Xhaka masih sakit hati dipecat dari kapten satu ketika dahulu.

Arsenal menang 2-1 ke atas Brentford. Pemain muda mereka Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe menjadi penjaring gol. Sementara itu gol tunggal Brentford hadir sangat lewat pada masa kecederaan menerusi Norgaard.

Kemenangan ini meletakkan Arsenal kini hanya 1 mata dari pasukan di tangga keempat iaitu Manchester United yang akan turun berdepan Leeds hari ini.