Jika sebelum ini ramai yang memperlekehkan ‘proses’ yang sering dicanang Arteta, semalam pengurus tersebut menyatakan bahawa, itulah bola sepak yang beliau maksudkan selama ini hasil daripada proses yang sedang mereka bina.

Arsenal bermain dengan penuh bertenaga berdepan dengan derbi sebandar, Tottenham Hotspur.

Arteta menganggap kemenangan semalam sebagai hari istimewa kepada Arsenal.

Sebelum perlawanan, bekas pemain Arsenal, Gael Clichy melabel Arteta sebagai ‘bakal Arsene Wenger seterusnya’.

Clichy berkata: “Arteta memiliki pengetahuan bola sepak yang sangat ‘kaya’ kerana belajar daripada Pep [Guardiola].”

“Saya sangat percaya, pada jangka masa panjang dia boleh menjadi Arsene Wenger seterusnya. Arteta masih sangat muda, dan saya benar benar percayakannya, berikan dia masa, dan dia akan membuktikan pengkritik adalah salah.”

Arteta berdepan dengan tekanan pada awal musim ini selepas mencatatkan rekod kalah dalam 3 perlawanan pertama. Paling teruk ketika dibelasah Man City 5-0.

Namun kini pasukan Arsenal semakin mendapat rentak. Kemenangan ke atas Spurs merupakan kemenangan yang sangat bermakna.

Arsenal menang 3-1 ke atas Spurs menerusi 3 gol separuh masa pertama daripada Emile Smith-Rowe, Pierre-Emerick Aubameyang dan Bukayo Saka.Manakala Son Heung Min hanya mampu membalas 1 gol.

Selepas tamat perlawanan, Arteta berkata: “Hari ini adalah contoh apa yang kami boleh lakukan. Ianya hari istimewa.”

“Ini adalah salah satu perkara terindah yang saya pernah alami di stadium ini. Menang dengan cara sebegitu dan kami semua merasakan kesannya kepada pasukan dan penyokong menjadikannya sangat istimewa.”

“Kemenangan ini untuk para penyokong klami. Mereka terus berada bersama kami ketika kelab ini memerlukan sokongan dan kini kami sedang membina hubungan ‘tersebut’ dengan penyokong.”

“Saya berpendapat, kita kena sentiasa berterima kasih dalam hidup kita. Mereka ini [penyokong] adalah orang yang terus berdiri di belakang kelab dan para pemain. Kemenangan ini untuk mereka.”

Selepas rehat minggu antarabangsa yang lalu, Arsenal jelas sudah semakin mendapat rentak dengan 3 kemenangan berturut turut.

Baca juga atikel

Solskjaer Salahkan Pengadil Sahkan Gol Ofsaid Punca Kekalahan United

Klopp: ‘Saya Tiada Masalah Terima Keputusan Seperti Ini, Penjaga Gol Mereka Patut Pakai Jersi No.10’

EPL: Penalti Fernandes Tersasar, Hause Kekal Wira Villa