Mikel Arteta memberikan amaran kepada pasukannya bahawa mereka akan dalam masalah besar jika gagal mengubah nasib mereka dengan segera.

Arsenal melalui bulan perayaan yang teruk pada musim ini. The Gunners gagal menang dalam Liga Perdana Inggeris sejak November.

Dan terbaru disingkirkan dari Piala Carabao oleh Manchester City di halaman sendiri dengan skor 1-4.

Seteru sebandar mereka, Chelsea akan berkunjung ke Emirates pada hari ‘Boxing’. Arsenal perlu menang perlawanan itu untuk menaikkan semula motivasi para pemain.

Arteta berkata: “Kita harus mengubah keadaan, tiada keraguan tentangnya. Jika tidak, kita berada dalam masalah besar. Jadi, inilah momen yang akan menentukan musim kami.”

“Kita ada segala kelengkapan yang diperlukan untuk mengubah keadaan. Kerana saya melihat kesungguhan para pemain dan apa yang mereka cuba lakukan.”

“Cuma pada masa ini, banyak perkara pelik berlaku dalam setiap perlawanan. Itu menjadikan keadaan sangat sukar.”

Bekas ‘bos’ Arteta, Pep Guardiola menabur garam pada lukanya dalam kunjungan mereka ke Emirates.

Gabriel Jesus menghukum pertahanan Arsenal seawal minit ke-2 perlawanan lagi.

Namun Lacazette menyamakan kedudukan buat Arsenal sebelum rehat. City bagaimanapun, menambah 3 gol pada separuh masa kedua menerusi Riyad Mahrez, Phil Foden dan Aymeric Laporte.

Kini Man City hanya dibezakan dengan dua kemenangan sahaja lagi daripada kejuaraan Piala Carabao untuk kali keempat berturut turut.

“Ianya malam yang mengecewakan. Kita memulakan perlawanan dan bolos hanya selepas 2 minit, ianya gol yang sangat mudah.”

“Selepas itu, pada masa kita mendapatkan rentak, kita berhadapan dengan lawan seperti ini, ianya sangat sukar.”

“Kita berjaya mendapatkan rentak dalam perlawanan ini, mulai berkembang dan menjaringkan gol yang sangat bagus dan kami ada 25 minit di mana kami adalah pasukan lebih baik.”

“Dan selepas itu, kami bolos kali kedua. Apa yang kami lakukan berdepan dengan lawan sehebat ini, mereka akan menghukum sebarang kesilapan kamu dan memberikan kamu kesukaran.”

“Ianya sukar ditelan, apabila mengambil kira bagaima perlawanan ini berlangsung. Reaksi pasukan kami terhadap lawan pada kualiti ini adalah bagus. Namun apabila kamu memberikan mereka gol, ianya membuatkan perlawanan ini mustahil [untuk kamu menangi].”

Ditanya tentang dua kesilapan penjaga gol oleh Runnarsson, Arteta menerimanya kerana menurut beliau pemain itu dalam proses adaptasi.

“Beliau [Runnarsson] sebelum ini tidak bermain banyak perlawanan dengan kita. Dia sedang beradaptasi dengan liga ini, dan itulah yang berlaku. Kita semua melakukan kesilapan, kita harus memberikannya sokongan.”

“Saya mulanya terfikir menurunkan Bernd Leno, namun beliau sudah bermain terlalu banyak minit dan perlukan sedikit rehat.”

“Kita mahu memberikan peluang kepada pemain lain. Alex bermain bagus dalam perlawanan sebelum ini, dan perkara seperti itu biasa berlaku dalam bola sepak.”

Baca juga perkembangan lain

McTominay Jelmaan Keane Dan Scholes

Analisis: Bagaimana Persiapan Dan Perlaksanaan Man United Memusnahkan Leeds United 6-2

‘Kami Bukan Liverpool’ – Lampard