Mikel Arteta terkejut apabila Premier League tidak menunda aksi di antara Arsenal dan Brentford tempoh hari. Sedangkan dalam pasukan Arsenal ada beberapa pemain disahkan positif Covid-19.

Arsenal tewas 2-0 dalam aksi pembukaan tersebut. Kini dalam persiapan berdepan dengan perlawanan derbi London menentang chelsea.

Menurut Arteta, Brentford ternyata memiliki kelebihan kerana ada 4 pemain Arsenal diarahkan menjalani kuarantin kerana covid-19. Mereka ialah Pierre-Emerick Aubameyang,Alexandre Lacazette, Willian, dan penjaga gol, Alex Runarsson.

Arteta mengesahkan bahawa Lacazette dan Runnarson sah tidak akan beraksi berdepan Chelsea. Manakala Pierre Emerick Aubameyang diberikan pelepasan khas daripada tugasan kerana difahamkan masih sakit.

Arteta masih tidak pasti sama ada Willian akan terlibat dalam aksi menentang bekas pasukan lamanya.

Tiada garis panduan khas dikeluarkan oleh EPL tentang bagaimana sesuatu perlawanan terpaksa ditunda kerana ada beberapa pemain positif covid-19 ataupun perlu menjalani kuarantin.

Namun sebelum ini Aston Villa pernah ditunda aksi mereka kerana ada beberapa pemain mereka dikuarantin dan dijangkiti covid-19.

Lantas, Arteta sangat terkejut kerana Arsenal tidak diberikan penangguhan ataupun layanan serupa.

“Saya terkejut tetapi semua ketetapan tentang perkara itu ditentukan pihak yang bertanggungjawab.”

“Dan saya rasa mereka mungkin berpendapat bahawa, pilihan terbaik adalah untuk meneruskan perlawanan,” kata Arteta yang kebingungan.

arsenal-boss-mikel-arteta_

“Kami hanya melakukan perkara yang harus kali lakukan di kelab ini, dengan doktor yang kami ada.”

“Doktor telah menjelaskan situasi ini, bagaimana ianya berkembang dan risiko yang harus diambil kira.”

“Kami ketika itu melalui detik sangat getir dalam 48 jam sebelum perlawanan dengan banyak sekali perkara yang tidak menentu.”

“Dan mungkin kami menurunkan barisan pemain yang tidak bersedia pada hari itu.”

Baca juga artikel

RASMI: Arsenal Lengkapkan Perpindahan Ramsdale, Kini Sudah Berbelanja £132 Juta

TERKINI: Manchester United Mahukan Mbappe Ganti Cavani

Kelayakan UECL: Spurs Dikejutkan Pacos De Ferreira Di Portugal