Bos rsenal Mikel Arteta telah membidas dakwaan Roy Keane bahawa pemainnya tidak sopan dan biadab dengan memanggilnya dengan namanya dan bukan gelaran coach ataupun pengurus.

Keane membuat pernyataan itu pada hari Ahad ketika menjadi pundit di Sky Sports dalam aksi kemenangan Arsenal atas Manchester United di Old Trafford.

Bekas kapten United itu mengecam kapten Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang memanggil Arteta, “Mikel”, semasa wawancara pasca perlawanan.

“Mereka tidak menunjukkan rasa hormat ketika mereka memanggilnya dengan namanya, Mikel,” kata Keane.

“Dia adalah pengurus, bos, penjaga. Itu adalah satu panggilan hormat – bukan Mikel. Dia bukan kawan kamu (Aubameyang). ”

Arteta, bagaimanapun, telah membidas tuduhan Keane dan menegaskan tidak ada masalah dengan pemainnya memanggilnya dengan nama depannya.

“Saya diberitahu bahawa Roy ada menyebutkan hal itu. Saya tidak tahu, saya rasa ia adalah sesuatu yang sangat umum,” kata beliau lagi.

“Saya memberi mereka pilihan untuk memanggil saya apa sahaja yang mereka rasa selesa. Dengan sebilangan daripada mereka jelas sekali saya pernah berkongsi bilik persalinan.

“Bagi saya, saya tidak merasa diri tidak dihormati. Saya faham mengapa dia mengatakannya sebagai pemain, tetapi cara saya merasa dengan mereka – dan saya merasa sangat rapat dengan mereka, dengan sebilangan mereka bermain dengan saya.”

“Jadi bagi saya itu bukan masalah dan itu bukan cara saya akan merasa dihormati atau tidak dihormati.

“Saya membiarkan mereka membuet pilihan. Ada orang di tempat latihan yang memanggil saya bos atau jurulatih. Ia bergantung. Ini bukan masalah bagi saya.”

Baca juga perkembangan lain

Tewas Kerana Pertahanan Barai, Solskjaer Laung Amaran Bangkit Berdepan Everton Sabtu Ini

UCL: Real Madrid Catat Kemenangan Sulung, Inter Terus Gagal

UCL: Liverpool Belasah Atalanta, Jota Hatrik!