Arsenal masih tak menang perlawanan liga sejak 1 November. Dan kini pengurus itu mengakui dia berdepan dengan tekanan selepas keputusan yang dicatatkan semakin parah.

Semalam Arsenal terjerumus ke dalam satu lagi siri kekalahan. Kalah 2-1 di tangan Everton di Goodison Park.

Arteta menyatakan bahawa pasukannya berhak menang. Namun terpaksa menelan kekalahan yang disifatkannya sebagai tidak bernasib baik. Ini kerana mereka mencipta peluang yang cukup banyak – tambah Arteta lagi.

Edu sebelum ini menyatakan bahawa mereka berdepan dengan masalah kreativiti. Pundit, Jamie Redknapp menyarankan agar pasukan itu menyertakan semula nama Ozil dalam senarai pasukan pada januari ini.

Pemain bergaji £350k seminggu itu tidak didaftarkan Arteta dalam pasukannya kerana menurutnya tidak cukup bagus berbanding dengan pemain pemain lain.

Redknapp menegaskan keputusan Arteta itu kini memakan dirinya.

“Orang tanya saya, adakah Arsenal patut membawa masuk semula Mesut Ozil ke dalam pasukan? Jawapan saya, ya! Itu adalah keputusan yang hilang akan [tidak mendaftarkan Ozil].”

“Pasukan anda tidak mencipta peluang, dan adakah pengurus akan memikirkan untuk membawa dia masuk? Ada berkata ya, namun saya tak rasa begitu.”

Redknapp kemudian menegaskan Arteta sengaja menggariskan bahawa pasukannya mencipta banyak peluang dalam beberapa perlawanan. Mencipta peluang sahaja tidak cukup bagi Redknapp, kerana mereka tetap memerlukan ‘spot pass’ (hantaran sangat jitu) kepada penyerang.

“Apabila kamu mencipta peluang yang banyak dan masih kalah, saya sudah tentu akan berkata kamu tidak perlu membawa dia masuk. Namun perlawanan seperti menentang Burnley di Emirates, jelas sekali mereka perlukan seseorang untuk membuat hantaran jitu kepada Aubameyang.”

“Arteta cuba mencipta kenyataan untuk menampakkan alasan tidak meletakkan Ozil dalam pasukan. Namun dia harus menerima hakikat dan berkata bahawa cara ini tidak berkesan.”

“Mereka harus menggunakan Ozil sementara mereka masih memilikinya. Apa gunanya berada dalam situasi mereka sekarang dan tidak menggunakan Ozil? Ini sukar diterima bagi saya.”

Graeme Souness pula berpendapat, Arteta tidak akan membawa masuk Ozil kerana mahu membuktikan dia masih mampu mengawal keadaan dan keputusannya sebelum ini adalah tepat.

Souness juga yakin keputusan menyisihkan Ozil adalah atas arahan pengarah pasukan selepas beberapa situasi yang melibatkan Ozil.

Ozil sebelum ini menentang pemotongan gaji ketika wabak. Atas alasan Ozil dan beberapa pemain lain tidak jelas dengan cara dan ke mana gaji yang dipotong itu akan pergi.

Ozil secara terbuka menyatakan: “Bukan saya sahaja tidak mahu dipotong gaji [dengan cara sebegitu, di mana pemain tidak diberikan penjelasan sebaiknya], namun kenapa saya sahaja yang digariskan di hadapan umum?”

Ozil juga mendapat kritikan daripada Arsenal selepas tindakannya memperjuangkan hak etnik Uighur dan menuntut Muslim Lives Matter sama seperti Black Lives Matter.

Arsenal menganggap pendirian Ozil sebagai berbaur politik. Namun pemain itu menyatakan apa yang disuarakannya adalah berkaitan kemanusiaan dan bukannya politik.

ozil

Beberapa bulan selepas itu, Antoine Griezmann memutuskan kerjasama dengan Huawei atas alasan kemanusiaan di mana syarikat tersebut disyaki berkomplot menindas etnik Uighur.

Souness menyatakan, bukan mudah untuk Arteta mahu memasukkan semula Ozil ke dalam pasukan. Ianya memerlukan satu keberanian.

“Saya boleh bayangkan bahawa Arteta akan bercakap dengan pengarah pasukan tentang situasi Ozil. Namun jika dia membawa masuk Ozil ke dalam pasukan, Arteta akan berdepan dengan keputusan sangat besar yang mungkin bertentangan dengan kehendak pemilik pasukan.”

“Selagi lagi Ozil berada di luar pasukan, nilai pemain ini akan merosot, tetapi dia tetap menerima wangnya setiap minggu. Mereka sekarang menghancurkan nilai aset mereka sendiri.”

“Mereka akan melihat semula perkara ini dan mempersoalkan keputusan mereka.”

“Adakah mereka akan membawa semula Ozil? Ianya memerlukan satu pengurusan manusia yang sangat berani dalam tugasan pertama Mikel sebagai pengurus.”

Sumber: Fox

Baca juga perkembangan lain

EPL: Liverpool ‘Juara’ Natal Sekali Lagi Selepas Belasah Palace 7-0

FIFA Best 2020: Lewandowski Singkir Messi Dan Ronaldo

Mourinho: Pasukan Terbaik Kalah, Liverpool Tak Seperti Juara England, Eropah Atau Juara Dunia

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group