Langkah juara bertahan Arsenal pada Piala FA musim ini terhenti awal. Ini selepas The Gunners disingkirkan oleh Southampton.

Arsenal tewas dengan cara yang kejam di mana pemain mereka menjaringkan gol sendiri.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui kecewa namun tidak mahu lama meratapinya. Bagi beliau Arsenal harus segera bangkit dalam pertandingan lain.

Arsenal masih dalam persaingan Liga Europa dan juga merebut tempat ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Di sebalik kekecewaan itu, Arteta berterima kasih kepada Southampton kerana memberikan mereka pelajaran berguna daripada perlawanan tersebut.

“Kami benar-benar sedih terkeluar dari pertandingan ini (Piala FA) dan jika kami kecewa dengan cara kami tewas dalam perlawanan ini. Kami bolos dari kawasan di mana kami seharusnya tidak boleh memberikan bola kepada lawan.”

“Kami menghadapi beberapa masalah dalam permainan pada babak pertama dan beberapa kesilapan kami sendiri. Kami tidak mencapai apa yang kami sasarkan. Dua atau tiga peluang besar pada babak kedua tetapi tidak cukup untuk memenangi perlawanan.”

“Kami bolis kerana kesilapan kami sendiri. Kami harus bersaing dalam permainan seperti ini atau anda tahu anda akan kalah.”

“Kita harus melakukan yang lebih baik, ini adalah pelajaran berharga bagi kita semua, “sambungnya.

“Mereka semua berusaha sangat keras, itu adalah pertandingan yang sangat sengit. Southampton bermain dengan agresif. Saya harap kita dapat mempelajarinya dan menggunakannya untuk lebih bersedia untuk pertandingan seterusnya, “tambah Arteta

Dengan tersingkirnya dari Piala FA, bermakna kempen domestik Arsenal sudah berakhir pada musim ini.

Baca juga perkembangan lain

Klopp: ‘Aku Yang Bersalah’

City Kehilangan Aguero Dan De Bruyne

Juve Juara Piala Super Itali, Pirlo Julang Piala Pertama Sebagai Pengurus