Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, ternyata bukan seorang yang suka menyimpan apa terbuku di hatinya.

Terbaru beliau mengakui hasratnya untuk bekerjasama dengan pemain baru Liverpool itu.

Liverpool mendapatkan Thiago Alcantara dari Bayern Munich minggu lalu.

Pemain tengah Sepanyol itu menikmati debut 45 minit yang cemerlang dalam aksi kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Chelsea minggu lalu.

Dan pada aksi sebelah Selasa, Thiago ada peluang untuk beraksi kembali ketika Liverpool menghadapi Arsenal di saingan Liga Perdana Inggeris.

Arteta menyatakan beliau cukup kenal Thiago Alcantara dan bahkan berharap dapat melatih pemain itu pada suatu hari nanti.

“Saya rasa dia adalah pembelian yang bagus untuk Liverpool. Dia memiliki keperibadian yang luar biasa, bakat hebat, sangat istimewa, berkualiti untuk bermain di sektor tengah padang,” kata Arteta kepada Goal.

“Kami tidak membincangkan hal-hal yang kami cuba dan lakukan di pasaran perpindahan, tetapi saya menyukai beliau sejak di Barcelona,” lanjutnya.

Walaupun sebelum ini Arteta pernah membimbing Arsenal menewaskan Liverpool, namun beliau merasakan aksi kali ini adalah berbeza,

“Perlawanan yang kami lalui di Emirates [pada bulan Julai] dan Community Shield sangat berbeza.”

“Saya rasa ia akan berbeza sekali lagi. Kami tahu standard yang mereka tetapkan dalam liga ini dan betapa konsitennya mereka.”

“Mereka menguasai hampir setiap aspek permainan. Kami harus bersaing dengan baik dan semoga anak-anak buah saya bersedia melakukannya pada Isnin [awal pagi Selasa di Malaysia].”

Baca juga perkembangan lain

Manchester United ‘Slow’ Dalam Rundingan Alex Telles

Messi Dengan Terbuka Kutuk Cara Barcelona ‘Kick’ Luis Suarez

Turun Sebagai No.10, Havertz Skor Hatrik Dalam Kemenangan 6-0 Chelsea