Bekas pengurus Arsenal selama 22 tahun, Arsene Wenger semalam dilaporkan sah akan kembali ke Jepun menabur bakti bersama sebuah agensi yang dikenali dengan nama Yoshimoto Kogyo.

Berdasarkan pemerhatian, hampir semua media sukan utama di Jepun seperti Sanspo, Sports Hochi dan Nikkan Sports telah melaporkan mengenai perkara ini pada jam 8 malam.

Namun, sehingga kini tiada laporkan yang menyatakan mengenai jawatan dan tugas yang akan diberikan kepada Arsene Wenger nanti secara spesifik. Menurut artikel dari Sanspo, Arsene Wenger bakal berkhidmat dengan Yoshimoto Kogyo dan membantu agensi itu menguruskan tugas berkaitan sukan bola sepak, tetapi semuanya masih samar.

arsene wenger
Arsene Wenger ketika mengendalikan sesi latihan bersama skuad Nagoya Grampus Eight.

Bekas pengurus Nagoya Grampus yang berusia 69 tahun itu dijangka tiba di Tokyo pada 21 Oktober dan akan mengadakan satu taklimat di Yoshimoto Hall, Shibuya pada 24 Oktober 2019.

Yoshimoto Kogyo merupakan sebuah konglomerat hiburan besar di Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1912 dan kini merupakan agensi yang paling berpengaruh di Jepun dan memiliki ramai atlit dibawah agensi mereka seperti Manabu Saito (Yokohama F Marinos), Yuichi Komano (Jubilo Iwata), Masashi Oguro (Kyoto Sanga) dan ramai lagi.

Artikel menarik mengenai bola sepak Jepun untuk dibaca seperti dibawah.

Pasukan Kemboja Guna Khidmat Jurulatih Pelari Pecut Jepun Tingkatkan Prestasi Pemain Dalam Kelayakan Piala Dunia

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Pesanan Hidetoshi Nakata Buat Penyokong Jepun Di Stadium Larkin Pada November 1997

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja