Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Arsenal terus kempunan piala Eropah apabila disingkirkan Sporting CP daripada peringkat 16 akhir Liga Europa.

Artikel Berkaitan:

Dalam sejarah panjang dan penuh kegemilangan Arsenal, kelab itu tidak pernah memenangi piala major Eropah, sama ada UCL atau UEL.

Badi itu berterusan, pada musim mereka kembali digeruni dengan prestasi luar biasa di dalam Liga Perdana Inggeris.

Arsenal memulakan urusan dengan sangat baik di Emirates. Di mana Granit Xhaka membuka tirai jaringan pada minit ke-19.

Ianya berpunca daripada hantaran cantik Jorginho yang sampai ke kaki Martinelli. Pemain Brazil itu merembat rendah, bola ditepis Adan. Tetapi Xhaka memastikan bola masuk menerusi tindakan susulan.

Arsenal merencana beberapa peluang lagi tetapi gagal disudahkan.

Pada separuh masa kedua adalah masalah utama Arsenal. Mereka membenarkan Sporting menguasai sebahagian besar permainan. Arsenal boleh dikatakan dalam mood hibernasi.

Pada minit ke-62, Pedro Goncalves melakukan ‘wondergoal’ yang akan diingati untuk sekian lama.

Dia menjaringkan gol dari tengah padang menewaskan Aaron Ramsdale yang sudah keluar daripada kawasannya.

Sporting berhak mendapat gol itu. Kerana aksi mereka pada separuh masa kedua benar benar bagus. Mereka mencipta lebih banyak ancaman ke gawang Arsenal.

Arteta kemudian memasukkan 2 ayam tambatannya, Bukayo Saka dan Thomas Partey.

Ternyata ia membantu Arsenal memperbaiki rentak permainan mereka.

Namun di hadapan gol, Arsenal terus tumpul. Penjaga gol berusia 35 tahun, Antonio Adan berada dalam prestasi terbaiknya menafikan beberapa siri percubaan Arsenal.

90 minit berakhir 1-1 bersamaan 3-3 secara agregat.

Akhirnya perlawanan berlarutan ke masa kecederaan. Tiada tambahan jaringan dibuat kedua dua pasukan.

Bermakna pemenang perlu ditentukan menerusi sepakan penalti.

Ketika Sporting menjadikan kedudukan 4-3 pada sepakan keempat, Gabriel Martinelli pula gagal menyamakan kedudukan.

Penaltinya diselamatkan oleh Adan.

Pelaksana penalti kelima Sporting, Nuno Santos memastikan pasukannya mara dengan skor 5-3 pada penentuan penalti.

Arsenal kempunan lagi piala eropah. Beberapa tahun lalu mereka pernah mara ke final UEL. Namun tewas di tangan Chelsea.

Kini anak anakĀ  buah Mikel Arteta akan memfokuskan sepenuhnya kepada aksi Liga Perdana Inggeris. Di mana mereka pada landasan terbaik untuk menjuarainya.