Skuad Mikel Arteta, Arsenal tawan carta Liga Perdana Inggeris sekali lagi dengan kemenangan besar ke atas Nottingham Forest.

Prestasi Reiss Nelson menjadi topik hangat. Apabila pemain itu masuk menggantikan Bukayo Saka dan menjaringkan 2 gol serta 1 assist.

Arsenal memerlukan kemenangan untuk kembali berada di puncak liga selepas Manchester City memintas mereka dengan kemenangan pada aksi sehari lebih awal.

The Gunners mengalami kekalahan 2-0 menentang PSV Eindhoven dalam perlawanan terakhir mereka dalam Liga Europa. Selepas beberapa siri kemenangan tipis dan satu seri, Arsenal akhirnya menerima tamparan dengan kekalahan pertama mereka dalam pertandingan itu.

Forest pula masih terbuai buai dengan kemenangan ke atas Liverpool yang disifatkan boleh menjadi titik tolak kebangkitan mereka untuk mendaki carta liga menjauhi zon penyingkiran.

Anak buah Mikel Arteta tahu kemenangan akan membawa Arsenal kembali ke puncak carta liga. Dia menurunkan barisan pemain yang kuat untuk perlawanan ini.

Arsenal memulakan permainan dengan pantas kerana mengawal tempo permainan dalam pertukaran awal. Mereka menolak ramai pemain ke hadapan dan menggunakan rentak mereka di kawasan sayap untuk kelebihan mereka.

Kedua-dua pemain sayap mereka bergabung ketika The Gunners mendahului awal. Bukayo Saka melakukan hantaran tajam ke dalam kotak dan Gabriel Martinelli melakukan larian yang cantik untuk menanduk bola ke gawang untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Akibat menurunkan sedikit tempo mereka pada akhir separuh masa pertama, The Gunners hampir menerima padah apabila pasukan pelawat mulai mendapatkan rentak mereka. Namun mujurlah Forest tidak tajam di hadapan gol.

Reiss Nelson yang dimasukkan menggantikan Bukayo Saka yang cedera, menjaringkan gol untuk menggandakan kelebihan mereka hanya empat minit selepas separuh masa kedua disambung semula.

Dia menambah gol kedua hanya tiga minit kemudian susulan bantuan gol yang hebat daripada Gabriel Jesus.

Thomas Partey kemudian menambah gol keempat The Gunners dari jarak jauh dengan gol ke sudut atas dari jarak 25 ela. Ianya hasil assist daripada Reiss Nelson. Pada kedudukan 4-0, Arsenal akhirnya menutup sebarang ruang dan usaha Forest untuk bangkit.

Arsenal tawan carta liga

Kapten Martin Odegaard melengkapkan jaringan kelima untuk pasukannya apabila dia merembat bola ke gawang selepas 78 minit untuk menjadikan kedudukan 5-0. Gol itu hasil assist kedua Gabriel Jesus.

Tamat perlawanan, Arsenal 5 Nottingham Forest 0. Arsenal kembali ke puncak liga dan meneruskan prestasi cemerlang untuk mencabar kejuaraan liga.