Arsenal terus dirundung malang pada musim ini apabila tewas 2-1 di tangan Spurs dalam perlawanan yang paling mereka benci untuk kalah iaitu derbi London Utara.

Kemenangan oleh Spurs bermakna, skuad bimbingan Jose Mourinho kini menghidupkan semula aspirasi ke Eropah iaitu ke Europa League.

Manakala pintu UCL sudah tertutup buat Arsenal. Untuk Spurs ianya juga kelihatan sukar. Namun paling realistik untuk kedua dua pasukan adalah sasaran ke Europa League.

Berdasarkan kedudukan semasa, Spurs ternyata berada dalam kedudukan lebih baik.

Spurs menewaskan Arsenal selepas jaringan kemenangan lewat oleh Toby Alderweireld pada minit ke-81.

Arsenal di hadapan menerusi gol cantik oleh Alexandre Lacazette pada minit ke-16.

Namun gol itu hanya bertahan 3 minit. Apabila Sead Kolasinac melakukan hantaran yang cuai kepada Luiz. Bola dipinta Son Heung Min untuk gol penyamaan.

Segalanya kemudian serba tak menjadi buat Arsenal. Mereka menguasai perlawanan dari segi posesi bola. Namun berdepan masalah kreativiti dan permainan di final third.

Penjaga gol muda Arsenal antara perkara positif di sebalik kecelaruan Arsenal pada perlawanan ini.

Beliau menafikan percubaan Harry Kane dari kedudukan 1 lawan 1 sebanyak dua kali. Dan kemudiannya cemerlang mematikan hantaran Kane kepada Son Heung Min.

Namun Martinez tetap bocor juga menerusi gol Alderweireld selepas kawalan lemah oleh Tierney yang diarahkan mengawal pemain yang jauh lebih fizikal.

Kedua dua pasukan kini pastinya tertumpu kepada nasib City pada Isnin ini. Sama ada mereka boleh menarik nafas lega untuk satu slot tambahan ke Europa jika City digantung daripada UCL.

Spurs kini berada di tangga kelapan. Ianya sudah cukup untuk mara ke UEL jika Man City digantung.

Arsenal kini dua mata di belakang Spurs, berada di tangga kesembilan.

Baca juga perkembangan lain

Norwich City Tersingkir, Prestasi Pukki Terus Mengecewakan

Lampard Puji Pulisic Selepas Berjaya Atasi Cabaran Getir Palace

Nasib Man City Diketahui Isnin Ini, Dijangka Bakal Terlepas Dari Hukuman