Arsenal terus cemerlang pada permulaan musim ini dan mencatatkan satu lagi kemenangan berharga.

Arsenal melayan kunjungan Aston Villa dalam misi mereka memburu kemenangan kelima berturut turut dalam EPL daripada 5 perlawanan pertama mereka.

Arsenal menguasai perlawanan sejak dari awal wisel separuh masa pertama. Di mana skuad Mikel Arteta kelihatan semakin membuktikan bahawa mereka adalah pencabar kejuaraan yang serius untuk musim ini.

Gabriel Jesus terus cemerlang di hadapan gol. Di mana penyerang antarabangsa Brazil itu berjaya meletakkan The Gunners di hadapan pada minit ke-30.

Ianya hasil daripada konsentrasi Gabriel Jesus untuk menyambar bola ‘rebound’ di hadapan gawang Emi Martinez.

Arsenal masuk ke bilik persalinan dengan mendahului 1-0.

Pada separuh masa kedua, Aston Villa memperbaiki prestasi mereka. Walaupun Arsenal terus dominan.

Villa mendapat peluang gol pada minit ke-73 menerusi Leon Bailey namun ditepis Aaron Ramsdale.

Daripada sepakan penjuru inilah pemain gantian yang baru beberapa saat dimasukkan, Douglas Luiz menjaringkan gol terus.

Ini adalah gol kedua Douglas Luiz daripada sepakan penjuru secara terus dalam 3 perlawanan terakhir.

Tetapi Arsenal terus memberikan respon kepada gol itu dan kembali di hadapan menerusi Gabriel Martinelli pada minit ke-77.

Arsenal kemudian bertahan dengan sebaik mungkin untuk memastikan 3 mata milik mereka.

Selepas 5 perlawanan Arsenal menang 5  dan mengumpul 15 mata. Kekal menjadi satu satunya pasukan yang masih dengan rekod permulaan sempurna setakat ini.

Aston Villa kini sudah menelan kekalahan keempat mereka.

Arsenal terus cemerlang untuk memastikan mereka berada di landasan terbaik mencabar kejuaraan musim ini.

Baca juga artikel:

Paul Pogba Buat Laporan Polis, Jadi Mangsa Peras Ugut Bersenjata Oleh Abang Dan Rakannya Sendiri

Arteta Lantik Odegaard Kapten Baharu Arsenal: “Dia Mewakili Nilai Kelab Ini”

Here We Go: Manchester United Beli Antony €100 Juta