Penularan wabak pandemik COVID-19 memberi yang impak besar kepada kedudukan kewangan kelab bola sepak dari seluruh dunia termasuk Arsenal. Bulan Ogos tahun lepas, The Gunners telah memotong 12.5 peratus gaji pemainnya bagi memastikan kakitangan kelab itu terus mengekalkan jawatan mereka.

Mereka kini terpaksa membuat pinjaman jangka pendek daripada kerajaan British sebanyak £120 juga (RM658 juta) bagi membantu kewangan kelab itu selepas semua perlawanan di Stadium Emirates terpaksa berlangsung tanpa penonton dan perintah berkurung kembali dilaksanakan.

“Kami mengesahkan kelab memenuhi kriteria ditetapkan Bank England untuk Kemudahan Kewangan Korporat COVID (CCFF). Oleh itu, kami mengambil pinjaman jangka pendek sebanyak 120 juta pound menerusi kemudahan ini bagi membantu menangani impak kehilangan pendapatan akibat pandemik.

“Ia pendekatan sama diambil organisasi besar lain dalam banyak industri termasuk sukan, dan ia akan dibayar semula pada Mei 2021.

“CCFF dirangka bagi memberikan bantuan kewangan jangka pendek kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kadar pelaburan yang kukuh dan memberi sumbangan besar kepada ekonomi British,” kata kenyataan dari Arsenal.

Bagaimanapun, Arsenal bukanlah kelab pertama Liga Perdana Inggeris yang menggunakan duit kerajaan kerana Liverpool pernah dikritik hebat kerana tindakan mereka memanipulasi skim bantuan kerajaan ketika COVID-19.

Keadaan itu mendapat perhatian ramai pihak yang terus menyelar tindakan Liverpool. Ini kerana wang yang digunakan kerajaan untuk membayar skim itu pastinya hasil daripada cukai ataupun bahasa seharian kita, wang rakyat.

Skim bantuan tersebut sebenarnya sudah lama wujud di UK. Ianya untuk membantu perusahaan kecil yang tidak mampu membayar gaji pekerja mereka kerana masalah kewangan.

Namun untuk sebuah kelab yang beraksi dalam liga paling mewah di dunia, perkara itu sangat tidak masuk akal.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.

Man United Catat Rekod Ngeri, Kecundang Di Semifinal Buat Kali Keempat Berturut Turut

Valbuena Heret Benzema Ke Mahkamah Sekali Lagi Berkaitan Video ‘Panas’ Pada 2015

Ole: Pasukan Ini Lebih Hampir Ke Final Berbanding Tahun Lalu