The Telegraph melaporkan bahawa Arsenal akan menggunakan dana perpindahan yang sangat sedikit.

Dan laporan tersebut juga menegaskan bahawa, paling realistik, Arsenal hanya mampu melakukan perpindahan pemain dengan pertukaran, pinjaman, dan ejen bebas / perpindahan percuma.

Malah Mikel Arteta perlu menjual pemain yang sedia ada untuk mendapatkan dana perpindahan. Arsenal tidak campur tangan tentang siapa yang beliau mahu jual, walaupun bintang seperti Pierre-Emerick Aubameyang ataupun Alexandre Lacazette sekalipun.

Oleh sebab itu Arsenal telah mengenalpasti Willian sebagai sasaran utama mereka. Ini kerana pemain tu boleh didapati secara percuma apabila musim berakhir, setelah perbincangan perpanjangan kontrak dengan Chelsea gagal.

Willian meminta perjanjian tiga tahun, dan Chelsea hanya mahu menawarkan maksimum dua.

Willian sudah menyatakan bahawa beliau hanya mahu terus kekal di London. Ini kerana beliau baru menjadi warganegara Britain. Isterinya selesa di London dan mereka mahu membesarkan anaknya di bandar tersebut.

The Gunners mempunyai hubungan rapat dengan Kia Joorabchian, ejen Willian, yang boleh membantu. Ejen tersebut juga mewakili David Luiz, yang melakukan pertukaran yang sama pada musim panas lalu.

Joorabchian merupakan peminat tegar pasukan Arsenal.

Walau bagaimanapun, Spurs dan Jose Mourinho sedia memberikan persaingan untuk kesepakatan tersebut.

Pengurus Portugal itu bekerja dengan Willian sebelumnya di Chelsea, dan dikatakan menjadi faktor yang memberikan kelebihan.

https://twitter.com/ArsenalGoaIs/status/1265353486704742400

Mourinho pernah cuba membawa masuk Willian ke Man United beberapa musim yang lalu. Namun usaha itu gagal kerana hubungan tidak baik Mourinho dengan kelab lamanya Chelsea.

Willian telah menjaringkan tujuh gol dan enam asis dalam 37 penampilan musim ini setakat ini.Willian sudah memberikan komitmennya untuk terus membantu Chelsea menamatkan baki saingan walaupun kontraknya berakhir Jun ini.

Baca juga perkembangan lain

Balotelli Buat Hal Lagi

Berkongsi Pengalaman Berkaitan Pengurusan Kewangan, Ini 9 Nasihat Azmeer Yusof Kepada Pemain Bola Sepak

Stephan Schrock: “Bola Sepak Hanya 3 Jam Sehari, Baki 21 Jam Lagi Adalah Mengenai Kehidupan”