Arsenal mengejutkan Liverpool di Emirates untuk mencetak kemenangan 2-1.

Liverpool menerima satu lagi Guard Of Honour di Emirates.

Liverpool memiliki penguasaan bola dan banyak sekali serangan. Kisah dia hampir sama ketika menentang Burnley, ketajaman di hadapan gol menjadi halangan.

Arsenal di belakang lebih awal apabila Sadio Mane menyumbat masuk hantaran Andy Robertson.

Namun Liverpool kemudian menghadiahkan Arsenal 2 gol sebelum rehat separuh masa pertama.

Kesilapan Van Dijk membolehkan Alexandre Lacazette menjaringkan gol penyamaan.

Manakala kesilapan Alisson pula membolehkan Lacazette merampas bola dan mencipta assist kepada rakannya Reiss Neilson.

Pada separuh masa kedua, Liverpool seperti separuh masa pertama. Menguasai perlawanan dan memaksa Arsenal bertahan.

Namun kali ini Arsenal bertahan dengan lebih berdisiplin. Mereka dipaksa berkampun di kawasan sendiri.

Arsenal sedar, kemenangan ke atas Liverpool akan menghidupkan impian mereka untuk terus berada dalam kejohanan kedua Eropah iaitu Europa League.

Liverpool memiliki beberapa peluang gol menerusi Mohamed Salah, Sadio Mane dan Takumi Minamino, namun kesemuanya gagal disempurnakan.

Ini merupakan kekalahan ketiga Liverpool pada musim ini. Dan dua kekalahan dialami selepas restart musim ini.

Kekalahan ini bermakna Liverpool terlepas peluang untuk memecahkan rekod 100 mata dicipta Man City.

Arsenal berjaya bangkit daripada kekalahan di Derbi London Utara pada minggu lalu dengan kemenangan ‘besar’ ke atas Juara Liga Perdana Inggeris 2019/20.

Baca juga perkembangan lain

Jaringan Giroud Pastikan Chelsea Memimpin Persaingan Ke UCL

‘Saya Tinggalkan United Kerana De Gea Khianati Saya’

TERKINI: CAS Tolak Hukuman UEFA, Man City Tidak Bersalah