Arsenal dilaporkan dalam ‘perbincangan mustahak’ dan tergempar dengan penaja Lavazza Group setelah pemain tengah mereka Mohamed Elneny menyiarkan sokongannya terhadap Palestin di media sosial.

Arsenal juga sudah menerima surat aduan daripada penaja mereka dan sedang berbincang denagn Elneny tentang perkara itu. Secara tak langsung, Arsenal akan mengambil tindakan ke atas Elneny.

Elneny adalah pemain antarabangsa Mesir. Dan pada 10 Mei lalu, beliau menulis di Twitter pada hari Isnin untuk menyiarkan: “Hatiku, jiwaku, sokonganku adalah untukmu Palestin,” bersama sejumlah gambar, salah satunya berbunyi ‘Palestin Lives Matter’.

Konflik yang berterusan antara rakyat Palestine dengan Israel telah berada pada tahap yang sangat tegang.

Penaja mahu Elneny dihukum

The Mirror melaporkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Yahudi Britain, Tal Ofer menghubungi kumpulan Lavazza. Dan Lavazza telah bertindak dengan berkata: “Kami akan segera menghubungi Arsenal untuk menyatakan bahawa kami prihatin terhadap kelab yang berkaitan dengan mesej seperti itu.”

“Kandungan posting ini sama sekali tidak selaras dengan nilai syarikat kami. Lavazza Group komited sepenuhnya terhadap anti perkauman dan antisemitisme.”

Ofer juga mahu FA menggantung pemain tengah itu atas tindakannya dan menghubungi Adidas, pengeluar baju Arsenal untuk mengenakan tekanan ke atas Arsenal.

The Gunners sejak itu mengeluarkan pernyataan mereka sendiri yang berbunyi: “Seperti mana-mana pekerja Arsenal, pemain kami berhak untuk menyatakan pandangan mereka di platform mereka sendiri.

“Kami berbincang dengan Mo [Elneny] mengenai perkara ini sehingga dia memahami implikasi post beliau pada skala yang lebih luas.”

“Sebagai sebuah kelab, kami berkomitmen untuk menghadapi dan menghilangkan semua bentuk diskriminasi dan terus memperjuangkan tentang perlunya ekualiti dan diversiti dalam semua bahagian.”

Sebelum ini Arsenal pernah mengkritik tindakan Ozil yang menyatakan solidaritinya ke atas etnik Uighur. Arsenal menganggap kenyataan Ozil itu berbentu politikal dan tidak mahu dikaitkan dengan pendirian pemain tersebut.

Ozil kemudian tampil membalas kenyataan Arsenal itu dengan menyatakan dia cuma bersuara atas dasar kemanusiaan dan bukannya politik. Tindakan Ozil itu membuatkan pemain itu kemudian tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi.

Dan sentimen Ozil itu juga dikatakan sebagai salah satu faktor kenapa Arsenal kemudian memutuskan untuk menjual pemain itu. Namun mereka gagal mendapat pembeli. Ozil hanya berjaya dilepaskan pada musim ini ke Fenerbahce.

Baca juga artikel

Piala FA: Screamer Tielemans Dan Drama VAR Kecewakan Chelsea

Hadiah Kemenangan UCL Dikurangkan Kerana Potong Kos Tukar Venue Ke Portugal

Menteri Portugal Benarkan Penyokong Masuk Untuk Final UCL, Tapi Sebaliknya Untuk Final Piala Portugal