Arsenal telah membuat kejutan apabila mereka cuba menandatangani salah seorang pemain cemerlang di EPL musim lalu iaitu penjaga gol Brenford, David Raya.

David Raya merupakan pemain sasaran utama Spurs untuk menggantikan Hugo Lloris sebagai penjaga gol utama kelab.

Arsenal yang sudah memiliki Aaron Ramsdale mahu mendapatkan seorang lagi penjaga gol berkelas no.1 dalam kesebelasan utama iaitu David Raya.

Penjaga gol itu dikatakan sudah setuju dengan syarat dan terma peribadi yang ditawarkan kepadanya. Dan kini menyerahkan kepada kelabnya untuk berunding tentang harga.

Ramai peminat terkejut dengan berita ini. Ada yang berpendapat, tidak mungkin David Raya setuju ke Arsenal jika hanya diberitahu bahawa dia adalah pemain simpanan semata mata.

Arteta mungkin membuka pintu persaingan untuk perebutan slot penjaga gol no.1 kelab.

David Raya sudah memberitahu kelabnya sebelum ini bahawa dia mahu pasukannya mempertimbangkan tawaran dari kelab besar untuknya – terutama sekali yang bermain di UCL.

Sebelum ini David Raya kecewa dengan Brentford yang menurutnya telah meletakkan harga terlalu tinggi untuknya. Itu hanya akan menyukarkan impiannya untuk bermain di kelab besar.

David Raya ketika itu berkata: “Saya tahu ada berita tentang saya akan meninggalkan kelab ini. Ada beberapa pilihan tersedia namun malangnya Brentford meminta harga terlalu tinggi untuk saya.”

“Itu akan membuatkan kelab kelab lain tak mahu membeli saya dan mencari pilihan lain. Namun saya tiada kuasa dalam penentuan harga, kerana itu terpulang kepada kelab. Saya masih ada setahun lagi di dalam kontrak saya.”

“Selagi itu maka saya adalah pemain Brentford. Saya tidak boleh berbuat apa apa.”

Spurs dan Man United antara 2 kelab yang memantau perkembangan penjaga gol Brighton itu. Namun United sudah mendapatkan Andrey Onana.

Spurs sudah memulakan beberapa siri rundingan untuk menandatangani pemain tersebut. Namun tidak ada apa yang dapat disepakati antara kedua dua kelab setakat ini.

Dan akhirnya musuh tradisi mereka, Arsenal memulakan langkah pro aktif dan terus menarik minat penjaga gol tersebut.