Bekas pemain Arsenal, Jeremie Aliadiere memberikan cadangan mengejutkan semua. Di mana bekas penyerang Arsenal tersebut meminta agar Arsenal menjual Pierre-Emerick Aubameyang pada jendela musim panas ini.

Aubameyang bakal memasuki tahun akhir pada kontrak beliau Arsenal. Dan masih belum melanjutkan kontraknya.

Barcelona, Real Madrid dan Inter Milan antara pasukan yang dikaitkan dengan kapten Arsenal tersebut.

Aubameyang menjadi pemain terbaik Arsenal dalam beberapa musim ini. Menjaringkan 61 gol daripada 97 penampilan sejak menyertai mereka dari Borussia Dortmund pada 2018.

Aliadiere berkata: “Arsenal harus jual dia, 100 peratus harus jual.”

“Arsenal tidak boleh berterusa kehilangan pemain secara percuma. Saya sekali lagi tak percaya apabila pemain handalan, kapten kita, kini memasuki tahun akhir dalam kontraknya.”

Alidiere mengingatkan Arsenal tentang apa yang berlaku kepada Robin Van Persie sebelum ini.

“Bagi saya, segalanya akan selesai jika dia menandatangani kontrak lanjutan sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum kontrak beliau tamat.”

“Musim lalu, dia harus melanjutkan kontrak, kerana dia bakal masuk tahun akhir pada kontrak. Namun itu tak berlaku.”

Aliadiere juga menyatakan bahawa Aubameyang tidak ada masalah untuk menunggu sehingga kontrak beliau tamat. Ini kerana sekarang ramai pemain yang menanti mereka pergi percuma untuk mendapatkan bonus atas tandatangan kontrak dengan kelab baharu.

“Jika saya di tempat Aubameyang, saya akan korbankan setahun saya di Arsenal dan kemudian pergi secara percuma dengan menerima jumlah wang bonus yang luar biasa, ini kerana semua kelab memburu khidmat saya. Kenapa tidak?

“Sebab itu saya rasa pengurusan kelab melakukan kesilapan lagi. Perkara ini sepatutnya sudah diselesaikan dalam baki dua tahun kontraknya.”

“Kamu tak boleh biarkan pemain seperti Aubameyang masuk ke tahun akhir dan pergi secara percuma.”

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain:

Statistik Mengejutkan, Pencapaian Juventus Dengan Atau Tanpa De Ligt Di Atas Padang

Ejen Anggap Kenyataan Bekas Jurulatih Mo Salah Adalah Salah

Ini Sebab Nani Tolak Arsenal, Chelsea Dan Pilih United