Arsenal terus membuktikan bahawa mereka adalah pakar / specialist dalam Piala FA.

Dalam aksi final Piala FA 2019/20, Arsenal menewaskan seteru sebandar, Chelsea. Aksi final dilangsungkan di Wembley, dan sudah tentunya dalam stadium tanpa penyokong.

Chelsea bermula sangat baik. Pada awal perlawanan skuad bimbingan Frank Lampard melakukan beberapa siri serangan ke kubu Arsenal.

Chelsea mendapat gol pendahuluan menerusi pemain yang sedang dalam prestasi terbaik iaitu Christian Pulisic.

Di mana pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu menerima lay off daripada Olivier Giroud untuk gol pertama.

Chelsea masih mengawal rentak perlawanan dan kelihatan akan menambah lagi gol mereka.

Namun segalanya berubah. Arsenal mendapat sepakan penalti setelah kapten pasukan, Pierre Emerick Aubameyang dijatuhkan oleh Azpilicueta. Pengadil memberikan sepakan penalti.

Aubameyang sendiri mengambil penalti itu dan menyempurnakannya.

Selepas gol itu, Arsenal mulai menguasai perlawanan dan menjadi pasukan lebih baik.

Kedua dua pasukan bergelut dengan aspek kecergasan pemain di mana ada beberapa pemain mereka cedera.

Pada separuh masa kedua, Chelsea terus bergelut dengan aksi mereka di atas padang.

Lalu, pada minit ke-67, Aubameyang menambah satu lagi gol untuk Arsenal. Ianya berpunca daripada serangan kilat dicetuskan Hector Bellerin.

Aubameyang menerima bola di sebelah kiri dan melakukan gelecekan mudah disusuli dengan sungkitan yang agak ‘jahat’ menewaskan Caballero.

Usaha untuk Chelsea bangkit terus disukarkan lagi apabila Kovacic dibuang padang.

Skuad Frank Lampard terpaksa akur dengan kehebatan Arsenal.

Keputusan penuh menyaksikan Arsenal berjaya menjulang Piala FA sekali lagi.

The Gunners menjulang Piala FA ke-14 di dalam sejarah kelab mereka.

Dengan kejayaan ini bermakna Arsenal akan beraksi di Liga Europa pada musim hadapan.

Baca juga perkembangan lain

Ozil Tak Akan Sertai Skuad Final Piala FA Arsenal

RASMI: Pirlo Jadi Jurulatih Skuad Pembangunan Juventus

Aksi Perisai Komuniti Pada 29 Ogos, Liverpool Tunggu Pemenang Piala FA