Perlawanan Perisai Komuniti berlangsung di Wembley di antara juara Liga Perdana Inggeris – Liverpool – dan juara Piala FA – Arsenal.

Seperti tradisinya selama ini, perlawanan ini menandakan bahawa musim Liga Perdana Inggeris bakal bermula tidak lama lagi.

Liverpool memulakan perlawanan dengan baik. Liverpool hampir di hadapan lebih awal tetapi gol tandukan Van Dijk ditarik balik oleh VAR kerana ofsaid.

Walaupun Liverpool lebih dominan namun Arsenal terlebih dahulu di hadapan menerusi kapten sensasi mereka, Pierre Emerick Aubameyang.

Aubameyang melakukan gol kelas dunia dengan lencongan dari luar kotak penalti menewaskan Alisson.

Beliau meraikan gol dengan gaya Wakanda Forever sebagai penghormatan terakhir kepada mendiang Chadwick Boseman.

Arsenal kemudian menyukarkan Liverpool dengan organisasi pertahanan yang kompak dan berdisplin.

Arsenal malah hampir menambah satu lagi gol, tetapi Maitland Niles teragak agak dan melorongkan bola kepada rakan  — dalam kedudukannya boleh melakukan gol.

Liverpool menamatkan separuh masa pertama dengan hampa. Mereka tidak cukup pantas dalam hantaran dan gerakan di zon serangan untuk memecahkan blok rendah Arsenal yang kompak.

Sadio Mane memiliki peluang 1 lawan 1 namun dinafikan kecekapan Martinez.

Liverpool memperbaiki tempo perlawanan pada separuh masa kedua. Kemasukan Naby Keita dan Takumi Minamino memberikan Liverpool ‘spark’ di zon 14 Arsenal.

Akhirnya Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Minamino yang mengambil kesempatan di atas keadaan kucar kacir di hadapan gol.

Liverpool berpeluang menambah gol menerusi Sadio Mane, dan sekali lagi Martinez menafikannya.

Arsenal mendapat satu peluang keemasan menerusi Joe Willock, tetapi tandukannya tersasar.

Perlawanan 90 minit berkahir 1-1 di antara kedua dua pasukan dan diheret ke penentuan penalti.

Penalti sempurna dari Arsenal

Mohamed Salah melakukan penalti pertama Liverpool dan ianya disempurnakan dengan baik sekali.

Reiss Nelson melakakukan penalti pertama Arsenal, beliau melakukannya dengan baik ke penjuru rendah kanan Alisson.

Fabinho kemudian dengan tenang menewaskan Emi Martinez.

Maitland Niles tampil untuk menjadi pelaksana kedua dan dengan sangat tenang melakukan gol.

Rhian Brewster, pemain yang dibawa masuk minit akhir, pula gagal menyempurnakan penaltinya dengan bola terkena palang.

Cedric Soares memberikan kelebihan buat Arsenal dengan gol ketiga dari tiga penalti.

Takumi Minamino berjaya menyempurnakan tugasan beliau dengan sangat baik.

David Luiz yang terkenal dengan kepakarannya sebagai pelaksana penalti tampil berdepan rakan senegaranya Alisson, dan hasilnya seperti dijangka.

Curtis Jones, berjaya menghidupkan sedikit harapan Liverpool.

Namun pelaksana terakhir untuk Arsenal ialah pelaksana penalti utama Arsenal iaitu Aubameyang, dan tiada peluang untuk Alisson mahu menyelamatkannya.

Arsenal menjadi juara Perisai Komuniti 2019/20. Liverpool sekali lagi tewas dalam perlawanan Perisai Komuniti buat dua musim berturut turut.