Usaha Arsenal untuk ke UCL pada musim hadapan agak terganggung ketika mereka berkunjung ke Selhurst Park.

Pasukan bimbingan legenda Arsenal, Crystal Palace, ternyata menunjukkan aksi memukau mereka dalam perlawanan ini.

Mendahului dengan 2 gol pada separuh masa pertama menerusi Jean-Philippe Mateta dan Jordan Ayew di Selhurst Park.

Arsenal gagal untuk memulihkan semangat mereka untuk bangkit selepas rehat separuh masa, dan kekalahan kedua Arsenal dalam tiga perlawanan liga terakhir mereka selepas penalti lewat Wilfried Zaha  ternyata membunuh perlawanan.

Arsenal telah masuk ke hujung minggu lalu berada di tempat keempat, tetapi kemenangan 5-1 Tottenham menentang Newcastle pada hari Ahad memberi tekanan kepada Gunners.

Spurs merampas kedudukan keempat menerusi perbezaan jaringan. Lantas, respon yang positif diperlukan dari Arsenal untuk memastikan mereka kembali ke kedudukan keempat.

Malagnya itu tak berlaku. Arsenal malah hampir kalah lagi teruk dalam perlawanan ini.

Kini Arsenal melepaskan kelebihan untuk berada di tempat keempat.

Selepas kekalahan di tangan Palace, Arsenal kekal menduduki tempat kelima, di belakang Tottenham dengan perbezaan gol. Cuma Arsenal boleh berasa sedikit lega kerana masih ada 1 perlawanan kurang berbanding Spurs.

West Ham dan Manchester United, kedua-duanya tiga mata di belakang Arsenal. The Gunners sebenarnya memiliki peluang cerah untuk menjarakkan diri lebih jauh di kedudukan empat teratas. Kerana sebelum ini memiliki baki perlawanan yang banyak.

Kini mereka membuatkan persaingan 4 teratas kembali terbuka untuk 4 pasukan, Arsenal sendiri, Spurs, Manchester United dan West Ham.

Ia adalah kekalahan yang sangat menyakitkan bagi peminat Arsenal memandangkan kehadiran bos Eagles Patrick Vieira di Palace, seorang legenda Gunners selepas karier bermainnya yang penuh dengan trofi bersama kelab itu.

Dalam pertemuan pertama mereka sebelum ini Vieira hampir meraikan kemenangan di Emirates. Namun kelekaan pada masa kecederaan oleh Palace membuatkan mereka diikat oleh Arsenal.

Kali ini Palace memastikan mereka mendapatkan 3 mata dari Arsenal dengan aksi meyakinkan.

Vieira dengan selesa menyakiti Arteta, yang telah dipilih sebagai pengurus terbaik Liga Perdana Inggeris untuk bulan Mac selepas mengetuai pasukannya dalam mendaki ke tempat slot UCL.

Palace mendahului pada minit ke-16 selepas Ben White mengasari Zaha – dalam keadaan yang tidak perlu.

Conor Gallagher merembat sepakan percumanya ke arah tiang jauh (far post), di mana Joachim Andersen menyambut bola dengan tandukan, serta membolehkan Mateta menjaringkan gol dari jarak dekat untuk gol keenamnya musim ini.

Arsenal gagal memberikan respon seperti yang diharapkan. Malah bolos lagi, 8 minit kemudian.

Hantaran jauh Andersen sepatutnya dengan mudah untuk dikeluarkan Gabriel, namun dia tersilap agak, dan terlepas bola ketika Ayew. Nuno Tavares pula pula berada di kedudukan yang tidak mampu untuk melakukan apa apa.

Ayew melencongkan bola melepasi jangkauan Ramsdale.

Tanpa pemain bek kiri, Kieran Tierney akibat kecederaan lutut, pertahanan Arsenal berantakan.

Begitu juga di sebelah kanan pasukan Arsenal. Cedric dibuli oleh Zaha beberapa kali.

Arsenal tidak gagal menguji Vicente Guaita pada separuh masa pertama. Hanya Gabriel yang mendapat peluang menanduk bola dari jarak dekat sebelum wisel rehat. Namun bola dengan mudah ditangkap Guaita.

Pada separuh masa kedua, Arsenal memperbaiki permainan mereka. Namun masih belum cukup untuk mereka.

Arsenal malah dihukum lagi apabila memberikan penalti kepada Palace. Zaha dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-74.

Tamat perlawanan Palace 2 Arsenal 0.