Arsenal mengumumkan khabar gembira bahawa para pemain dan staf kejurulatihan mereka setuju untuk menerima pemotongan gaji 12.5% seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Ianya juga bukti bahawa para pemain dan pegawai mereka sedia untuk berkorban demi membantu kelab dalam keadaan yang sangat sukar.

Pemotongan gaji ini adalah bersyarat. Di mana, kelab berjanji akan memberikan satu amaun bonus khas jika mereka menamatkan musim ini dan mencapai sasaran tertentu – yang kami percayai berkaitan dengan kemaraan ke UCL.

Arsenal menyatakan segalanya akan kembali normal apabila musim ini ditamatkan dan mereka mendapatkan hak penyiaran penuh.

Arsenal gembira capai kesepakatan

Arsenal dalam kenyataan mereka berkata:

“Kami dengan bangga mengumumkan bahawa kami telah mencapai kesepakatan sukarela dengan para pemain pasukan utama, ketua jurulatih dan staf kejurulatihan teras untuk membantu menyokong kelab pada masa yang genting ini.”

“Ianya hasil perbincangan positif dan membina. Dalam perbincangan ini, penekanan yang jelas tentang betapa seriusnya keadaan semasa yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan keinginan yang kuat bagi pemain dan kakitangan untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap keluarga Arsenal.”

“Pengurangan sebanyak 12.5 peratus daripada pendapatan tahunan akan berkuat kuasa bulan ini, dengan dokumen kontrak diselesaikan dalam beberapa hari lagi.”

“Sekiranya kita mencapai sasaran tertentu pada musim yang medatang, terutama sekali berkaitan dengan kejayaan di atas padang, kelab akan membayar sejumlah wang yang dipersetujui.”

“Kami akan dapat membuat pembayaran tersebut apabila pasukan mencapai sasaran tersebut – yang boleh ditentukan oleh pemain secara langsung, ini bermaksud kedudukan kewangan kelab akan lebih kuat.”

“Perjanjian tersebut adalah berdasarkan andaian bahawa kami akan menamatkan musim 2019/20 dan menerima pendapatan penyiaran sepenuhnya.”

“Penjimatan yang dikakukan ketika ini akan membantu menampung beberapa risiko kewangan yang kita hadapi pada musim ini.”

“Ianya berkaitan dengan pendapatan pertandingan dan pendapatan komersial kita.”

“Kami berbangga dan berterima kasih kepada para pemain dan kakitangan kerana telah bersama-sama menyokong kelab kita – dalam masa-masa yang belum pernah terjadi sebelumnya ini.”

“Ini merupakan beberapa cabaran paling sukar yang kita hadapi dalam sejarah kelab.”

Baca juga berita lain bola sepak Eropah:

Pengambilalihan Newcastle: Putera Mahkota Saudi Sudah Bayar Wang Pendahuluan

Messi Lebih Baik Dari Ronaldo

Benatia: “Guardiola ‘Tactician’ Hebat Namun Tak Bagus Dalam Pengurusan”