Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain kacukan Malaysia-Jerman, Armin Maier terus berkelana di Eropah apabila beliau sah menyertai salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan divisyen empat Liga jerman.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Harimau Abroad di media sosial Twitter dimana kelab yang disertai oleh Armin ialah SV Heimstetten yang berpangkalan di bandar Munich.

“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa saya telah menyertai SV Heimstetten yang berpangkalan di Munich, Jerman. Liga Jerman memang sangat kompetitif dan saya harap saya akan meningkatkan kualiti saya sebagai pemain apabila berdepan dengan pasukan seperti Bayern Munich.

“Saya juga berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memberi perhatian kepada perpindahan ini sekaligus membantu untuk merealisasikan impian saya iaitu mendapat pasport Malaysia seterusnya beraksi bersama Harimau Malaya.

“Terima kasih kepada semua penyokong yang mempercayai potensi saya dan terus berikan sokongan anda untuk saya,” kata Armin Maier dipetik dari laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Armin beraksi bersama kelab Iceland, Vikingur setelah meninggalkan Malaysia namun jodoh pemain berusia 25 tahun itu bersama Vikingur tidak kekal lama.

Sebelum ini, Armin pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia dimana beliau beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2019. Pada musim berikutnya, Armin menyertai Selangor namun pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika itu menghadkan peluang Armin untuk beraksi bersama skuad Gergasi Merah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Ten Hag Anggap Kelakukan Ronaldo Tidak Dapat Diterima

Fabregas Kini Bergelar Pemain, Pemegang Saham Kelab Milik Rakyat Indonesia

Barca Sedia Tamatkan Kontrak Depay Namun Tak Dapat Tebus Pampasan €20Juta

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group