Pemain tengah berdarah kacukan Malaysia-Singapura serta Jerman, Armin Maier Rafi berharap dapat menyertai skuad Harimau Malaya satu hari nanti bagi membantu negara meraih pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Beliau yang kini menyertai Selangor II dan sedang menunggu passport Malaysia siap sepenuhnya untuk mendapatkan status sebagai warganegara yang sah dari segi undang-undang.

“Impian saya ialah beraksi bersama pasukan kebangsaan Malaysia. Saya sentiasa mempunyai hubungan dengan Malaysia. Mak saya selalu menjemput rakyat Malaysia berkumpul di rumah ketika kami menetap di Jerman.

“Apabila mengetahui datuk saya sebenarnya berasal dari Johor, saya bercakap dengan beberapa orang dalam komuniti bola sepak tempatan dan juga menghubungi pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” katanya seperti dipetik dalam New Straits Times.

Sebelum ini, pemain yang berusia 23 tahun itu pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Singapura B-22 tahun serta menjalani ujian pemilihan bersama pasukan pembangunan Johor Darul Ta’zim iaitu JDT II.

D5jCV3PWAAAmmNg
Armin Maier

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam pernah mendedahkan Armin bakal memperkuatkan skuad bawah 23 tahun Malaysia (B-23) bagi mengharungi temasya Sukan SEA di Filipina tahun lepas.

Namun, ia tidak menjadi kenyataan kerana proses dokumentasi masih belum selesai dan tidak mendapat lampu hijau untuk beraksi.

“Saya sudah hubungi Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam untuk mendapatkan nasihat dan cara memohon passort Malaysia.

“Saya ikut semua prosedur dan telah menghantar dokumen yang sah. Saya masih menanti passport itu siap sepenuhnya.

“Ketika ini, saya bermain dengan Selangor II sebagai pemain import. Saya sudah berada di sini dan bersedia. Berharap semua proses dokumentasi dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” tambahnya.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Mario Gomez Tinggalkan Arema FC, Kemungkinan Kembali Semula Ke Liga Malaysia

Warganet Indonesia Mahu Indra Sjafri Ganti Maurizio Sarri Sebagai Pengurus Juventus

FA Thailand Berdepan Masalah ‘Cash Flow’ Kritikal, Perlu Meminjam Duit Untuk ‘Survival’