Bekas pemain Selangor yang juga kacukan Malaysia-Selangor-Jerman, Armin Maier memberi cadangan kepada bekas pasukannya yang ketika ini sedang bergelut dengan prestasi dalam saingan Liga Malaysia musim 2022.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Ketika ditanya mengenai situasi semasa Selangor di laman Instagram miliknya, Armin memberikan jawapan ringkas dimana beliau mencadangkan agar skuad Gergasi Merah menukar DNA sedia ada yang dilihat tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi pasukan.

“Saya rasa sudah tiba masa menukar DNA. Kalau anda mengerti apa yang saya cuba katakan,” kata Armin Maier dipetik dari laman Instagram Story miliknya.

Sudah empat musim Selangor cuba mencipta DNA mereka sendiri iaitu DNA Selangor dengan menggunakan khidmat ketua jurulatih dari Jerman iaitu Michael Feichtenbeiner sambil dibantu oleh Karsten Neitzel.

Akan tetapi, langkah ini dilihat tidak membuahkan hasil dimana tiada perubahan dari segi corak permainan yang ditampilkan oleh pasukan itu selain Selangor tidak berjaya untuk memenangi sebarang kejuaraan meskipun dibarisi oleh pemain bertaraf bintang.

Musim ini penyokong seolah-olah sudah hilang sabar dengan Michael dan mereka mendesak agar pengurusan pasukan segera membuat perubahan memandangkan kaedah yang digunakan oleh jurulatih kelahiran Stuttgart itu tidak memberikan hasil positif terhadap pasukan.

Baru-baru ini Selangor tewas kepada Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi separuh akhir Piala FA sekaligus terpaksa menunggu untuk memenangi trofi sejak kali terakhir mengangkat piala pada musim 2015 lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

TMJ Beri Bayangan Papu Gomez Bakal Beraksi Bersama JDT

AFC Cadang Musim Baharu Liga Malaysia Ikut Kalendar Ogos-Mei

Armin Maier Sertai Kelab Divisyen Empat Liga Jerman