Pasukan Terengganu mempunyai tiga wakil dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula pada semalam dimana pemain pertahanan, Arif Fadzilah dipanggil bagi menyertai kem yang berlangsung di Johor.

Arif dipanggil bagi menggantikan pemain pertahanan Sri Pahang, Fadzly Mazlan yang mengalami kecederaan sekaligus menjadi pemain ke-29 yang disenaraikan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe sebagai persiapan menghadapi baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pemain pertahanan kiri berusia 24 tahun itu menampilkan prestasi memberangsangkan dalam saingan Liga Super setakat ini dimana beliau menjadi pilihan ketua jurulatih pasukan, Nafuzi Zain bagi membarisi kesebelasan utama.

Setakat lima perlawanan liga, Terengganu meraih tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dimana kini mereka menduduki tangga kedua, satu mata dibezakan dengan pendahulu iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain Arif, dua lagi pemain Terengganu yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat kali ini ialah pemain sayao, Faisal Halim dan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Guilherme de Paula Tersenarai Dalam Kem Latihan Harimau Malaya, Tiada Liridon Krasniqi Kerana Isu Kuarantin

Susuk Badan ‘Sado’ Luqman Hakim Dalam Kem Latihan Kebangsaan Jadi Bualan Hangat Penyokong Harimau Malaya

Peluang Pemain Muda Pikat Hati Tan Cheng Hoe