Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu, Arif Aiman Hanapi dan Hakimi Abdullah menjadi antara pemain muda yang menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini.

Baru-baru ini, laman Transfermarkt Malaysia mengeluarkan senarai pemain muda paling bernilai dalam saingan Liga Malaysia dan dua pemain ini menduduki dua tangga teratas.

Laman Transfermarkt membuat penilaian pemain menggunakan data dari 13 perlawanan liga dan status panggilan ke skuad kebangsaan menjadi pengukur kepada nilai pemain buat masa ini.

Hakimi Abdullah
Sumber Gambar: JST

Arif Aiman menduduki tangga pertama dimana beliau memiliki nilai sebanyak €125 Ribu atau RM600 Ribu. Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh pemain berusia 18 tahun ini nyata menarik minat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk memanggil beliau bagi membawa cabaran pasukan dalam saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunai 2022/Piala Asia 2023.

Hakimi Abdullah menduduki tangga kedua dengan nilai €100 Ribu atau RM493 Ribu. Hakimi menjaringkan 4 gol dalam saingan Liga Super namun beliau tidak dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan oleh Cheng Hoe.

Hakimi Abdullah
Hakimi Abdullah. Sumber Gambar: Terengganu FC

Baddrol Bakhtiar dari Kedah Darul Aman pula diletakkan sebagai pemain tengah terbaik di Liga ketika ini. Selepas 13 perlawanan liga, Baddrol tutut menjaringkan 4 gol dan nilai pasaran ketua pasukan Kedah itu kekal dengan RM1.4 juta.

Nasib berbeza diterima oleh Syafiq Ahmad JDT apabila nilainya menurun sebanyak RM 370,000. Punca penurunan Syafiq dipengaruhi oleh persaingan untuk mendapatkan tempat di skuad utama JDT namun beliau masih diberi kepercayaan untuk membarisi pasukan negara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Benjamin Mora Sasar Kemenangan Ke Atas Pohang Steelers

Ini Struktur Pasukan Sekolah Tinggi Nichidai Fujisawa, Ada 192 Pemain Beraksi Dalam 5 Divisyen Berbeza

Rembatan Padu Leandro Velazquez Tersenarai Antara 5 Jaringan Terbaik ACL 2021